in

“Dah masuk RFID, jangan keluar ikut SmartTag pulak” – Pengguna Kena Caj Sampai RM 37.15?

ft smarttag rfid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai kaedah pembayaran tol ini nampaknya dah semakin hangat dan meleret diperkatakan, dari isu jalan sesak sampai lah ke tahap kualiti pelekat untuk Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ini.

Terkini, ada seorang pengguna jalan mengeluh apabila dia kena caj dengan harga yang tak masuk akal dan ia sekaligus menjadi perhatian netizen setelah perkara itu dikongsikan di media sosial.


 

Dari tol Bukit Raja ke Setia Alam sampai RM 37?

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna jalan menerusi satu group Facebook, katanya, dia menggunakan lorong RFID dari tol PLUS di Bukit Raja.

Namun, apabila sampai ke tol Setia Alam, dia ingin menggunakan lorong SmartTag pula kerana lorong untuk RFID dilihat beratur panjang disebabkan ada kereta stuck dekat situ.

Screenshot 2022 01 21 114443

Memandangkan dah kerap lalu di kawasan tol tersebut, individu ini tahu bahawa nilai yang dikenakan adalah hanya RM0.57 sen, tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat nilai yang dikenakan pada hari tersebut sampai RM 37.15!

Bak kata dia, dah macam travel pergi Skudai dah!

272020013 4880975071959278 5593120393430809550 n

Kejadian ini turut mendapat perhatian netizen di Twitter dan mengundang pelbagai reaksi, ada yang geram dan ada juga yang anggap perbuatan ini memang salah kerana konsep menggunakan SmartTag dengan RFID tidak akan sama macam guna SmartTag dengan Touch N Go.

smarttag rfid smarttag rfid 2 smarttag rfid 3 smarttag rfid 4 smarttag rfid 5 smarttag rfid 6 smarttag rfid 7

Apapun, sebagai langkah hati-hati, kita jangan lah tukar-tukar lorong.

 

Baca : RFID Rosak & Tak ‘Detect’ Dekat Tol? PLUS Nak Bagi Pelekat Ganti Percuma Dekat Korang

fi free rfid

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.