in

“Dah masuk Islam tak boleh pakai Chopstick” – Adam Corrie Lee Bagi Respon Netizen Yang Kata Haram

Ft Adam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Memang begini cara orang Cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk”, itu respon pelakon Adam Corrie Lee saat dia menunjukkan kelakuannya memakan nasi dalam mangkuk bersama chopstick ketika sedang makan di sebuah restoran Chinese Muslim menerusi akaun Instagram miliknya.

 

Dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai chop stick .. Haram katanya.. .”

Mengimbau zaman dulu, Adam Corrie Lee kongsikan cara-cara dia memakan nasi mengikut budayanya, perkara itu dibuat apabila ada netizen memberikan komen pasal makan.


Dalam pada itu, Adam Corrie Lee juga menegaskan bahawa perbuatan yang dia lakukan ini tak haram. Ini kerana dia menyatakan bahawa dirinya pernah ditegur oleh seseorang kerana makan nasi guna chopstik hukumnya haram selepas dia memeluk Islam.

https://www.instagram.com/tv/CWAw7HSv1Cv/?utm_medium=copy_link

Netizen yang melihatnya suka tengok dan berselera cara Adam makan, namun begitu ramai juga yang memberikan pandangan dengan menentang mana-mana individu yang menegur itu, malah ada juga yang memberikan komen-komen sarkastik mengenai sikap orang kita.

 

Mana pula pakai datang Chopstick haram – Netizen

Adam Adam2 Adam3 Adam4 Adam5

Ada juga netizen yang kongsikan perkara yang sama terjadi kepada mereka, malah salah seorang rakan artis Farah Diana Anuar (Farah AF2) turut menepis dakwaan itu memandangkan dirinya sebelum ini pernah ke negara China untuk penggambaran program makanan-makanan halal disitu dan dipaksa untuk makan guna chopstick. Jadi, apa yang haramnya?

Untuk rekod, Adam Corrie Lee Abdullah memeluk Islam pada 13 Julai 2007, dia berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 43, pada 2008 dan mempunyai seorang anak bernama Adam Fateh Lee.

 

Baca : Tips & Panduan Untuk Khunsa & Mualaf Tunai Umrah Daripada Adam Corrie Lee

Adam3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.