Berang baju pemberian teman wanita sering dipakai abangnya, seorang lelaki tergamak membunuh dan meletakkan mayat abangnya di dalam sebuah tong air dalam kejadian di Kepala Batas, Alor Setar.
Harian Metro melaporkan, pihak berkuasa menemukan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh adik lelakinya dalam sebuah tong air yang dipenuhi simen di Kampung Padang Hassan kira-kira 7 pagi tadi.
Pihak polis menahan suspek berusia 25 tahun itu, selepas dia menceritakan apa yang berlaku kepada seorang lagi abangnya.
Susulan itu, abang mangsa bertindak melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa — sebelum polis datang ke rumah dan menahan suspek yang sedang tidur pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata — mangsa dipercayai dibunuh pada petang Jumaat lepas.
Siasatan awal mendapati, punca kejadian dipercayai kerana suspek berang baju pemberian teman wanitanya sering dipakai mangsa.
Suspek bekerja sebagai penjual ayam goreng, manakala mangsa pula tidak bekerja.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1502107956633576
Baca: “Ni spesis haruan makan anak” – Lelaki Bunuh Dan Cincang Mayat Ibu Lepas Kena Ugut Lapor Pihak Polis
