in

“Dah macam kenduri” – Netizen Malaysia Terkejut Tengok Pusat Mengundi Pilihan Raya Indonesia

Pusat Mengundi Indonesia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam merupakan hari mengundi bagi warga Indonesia untuk pilihan raya umum Indonesia (Pemilu 2024).

Untuk makluman, dalam pilihan raya itu, rakyat Indonesia akan memilih presiden dan naib presiden baharu, parlimen dan penggubal undang-undang.


Rakyat mereka akan membuang undian di pusat mengundi yang dikenali sebagai Tempat Pemungutan Suara (TPS).

Artikel berkaitan: Siapa Pengganti Jokowi? Kenali 3 Calon Presiden Indonesia Yang Bertanding Hari Ini

Jika di Malaysia, sekolah digunakan sebagai pusat mengundi. Namun, berbeza dengan negara tetangga kita ini yang mana lokasi mengundi mereka diadakan di pelbagai kawasan terbuka seperti masjid, dewan masyarakat dan sekolah.

Seperti hantaran tular di platform X, pengguna warga Indonesia berkongsi lokasi pusat mengundi mereka yang mempamerkan pelbagai tema meriah seperti tema kenduri, tema Valentine dan pelbagai lagi.

Menerusi hantaran gambar yang dikongsikan oleh @trizmccartney, dapat dilihat pusat mengundi yang terletak di Rungkut, Kota Surabaya, Jawa Timur ini dihiasi dengan tema kenduri.

Bukan itu saja, meja pendaftaran turut menggunakan meja khas seolah-olah berada dalam majlis pernikahan. Malah, pengundi yang hadir mengundi di situ juga diberikan makanan percuma.

Ggqvsi8Bgaarf A

Difahamkan, pusat mengundi terbabit dihiasi dengan tema kenduri kerana pemilik tempat mengundi di situ merupakan pengusaha katering.

Ggsspdrauaa7Ycp Ggqvshrbyaanx E

Hantaran itu turut meraih perhatian netizen Malaysia yang tidak menyangka melihat pusat mengundi di sana.

“Santai tempat mengundi election diaorang dah macam kenduri weh,” katanya.

Malah, turut mengusik suruhanjaya pilihan raya (SPR) untuk membuat pusat mengundi seperti ini.

Wow, unik betul lokasi mengundi mereka. Mungkin ini cara untuk mengajak penduduk pergi mengundi?

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.