in

“Dah macam hari sukan” – Netizen Pelik Lihat Negara Jiran Anjur Karnival Takbir Sempena Raya Haji

karnival takbir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun serumpun, Malaysia dan Indonesia ternyata mempunyai budaya yang berbeza. Ia jelas sekali dapat dilihat dengan cara dua negara ini menyambut hari raya.

Baru-baru ini, tular beberapa video memaparkan sebuah karnival yang dipanggil Karnaval Takbir IRM Jambidan 2025 yang diadakan di Jambidan, Bantul, Indonesia bersempena Hari Raya Aidiladha.


Menerusi beberapa video, dapat dilihat acara seperti kawad kaki, tarian dan bermacam-macam lagi yang disulami dengan takbir raya.

@ipanse_

Kostum Al Manaar Kalangan sangat cuteee sekalii😭✨@PRIMA #almanaar#almanaarkalangan#irmjambidan#jambidan#takbiranjogja#maskotjambidan

♬ Circus – Color Clownies

Mereka yang mengikuti acara itu dilihat memakai baju seakan-akan kostum sarkas, siap dengan topi dan lolipop olok-olok. Kalau korang tengok video dekat bawah ni, dorang menari dengan diringi lagu ala-ala sarkas tapi menyelitkan ‘unsur keislaman’ dengan bertakbir.

@uud_kaca

Juara umum karnaval takbir IRM jambidan #karnavaltakbir #irmjambidan #lombatakbirjambidan #takbiranjambidan #displaytakbir #almanaar #almanaarkalangan #displaytakbiran #karnavaltakbirjogja #takbiraniduladha #jambidan #display #displaytakbiran2025 #takbiran2025 #takbiranjambidan2025 #karnavaltakbir #juaratakbir

♬ suara asli – Pak Uud – Pak Uud

Artikel berkaitan: Baru Jadi Artis, Dua Bekas Finalis Indonesian Idol Dikecam Upload Video Berc*mbu

Artikel berkaitan: Muslim Indonesia Persoal Tindakan Jokowi Berdoa Depan Jenazah Paus Francis

“Dosa ke tak kalau macam ni?” 

Video yang tular itu ternyata menimbulkan rasa pelik dan ingin tahu dalam kalangan netizen Malaysia yang belum pernah melihat acara sebegitu dilakukan di negara ini.

Malah ada juga yang bertanya sama ada boleh atau tidak acara sedemikian sebenarnya diadakan kerana takut dikatakan mempersendakan agama.

takbirr

Dalam pada itu, menerusi hasil carian penulis, difahamkan acara karnival ini dikatakan diadakan dengan menggabungkan syiar agama, kreativiti penduduk setempat dan semangat gotong-royong.

Sebanyak 19 peserta juga telah mendaftarkan diri untuk terlibat dalam acara tersebut dari pelbagai daerah, dan mereka yang berjaya akan mendapat piala daripada pihak penganjur, lapor Kompasiana.

Meskipun pelik, admin rasa kita hormati sajalah budaya mereka di sana. Sebaiknya kita tunggu saja penjelasan daripada mereka yang pakar dalam bidang agama. 

Sumber: TikTok, Kompasiana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.