Baru-baru ni seperti yang ramai tahu, penyanyi tempatan yang mencipta nama di China, Shila Amzah baru je melangsungkan perkahwinan dengan buah hati, Haris Idraki Elias pada 19 April lalu.
Walaupun ramai puji cakap majlis perkahwinan Shila dan Haris meriah dan grand serta pakaian perkahwinannya pun dapat pujian ramai sebab lain dari yang lain, ada jugak perkara tak elok yang makcik dan pakcik bawang nak mengata! Menerusi posting Instagram Shila, dia ada memuat naik video suami sedang melafaz akad nikah dalam Bahasa Inggeris.
https://www.instagram.com/p/Bh0Ht4EFBZw/?utm_source=ig_embed
Disebabkan perkara tu bukanlah benda biasa yang dibuat orang, tak pasal-pasal Haris dicemuh netizen sebab tak akad nikah guna Bahasa Melayu. Adoi! Sabar jelah Haris, ni lah cabaran yang dia kena hadapi kalau dah berkahwin dengan artis terkenal.
Kenapa akad nikah Bahasa Inggeris?
Rata-rata netizen yang tak puas hati meninggalkan komen pedih dan kutukan kepada Shila dan suaminya dengan mempersoalkan kenapa kena sebut akad dalam bahasa omputih dan bukannya Bahasa Melayu, bahasa ibunda kita?
Tak cukup dengan tu, ada jugak bandingkan Haris dengan Mat Dan yang memang seorang berbangsa Inggeris tulen tapi fasih berbahasa Melayu dan mampu ucap akad dalam Bahasa Melayu. Ish, ish, ish!
Tak salah akad nikah guna bahasa asing
Pun begitu, nasib baiklah tak semua netizen berpandangan macam tu. Ramai jugak yang back up tindakan Haris akad nikah dalam bahasa asing kerana bagi mereka, apa yang penting ialah Haris memahami apa yang dituturkannya tu. Bukannya tak sah nikah pun kan kalau akad dalam Bahasa Inggeris.
Bagi admin, nak akad nikah dalam Bahasa Mandarin sekalipun takpe asalkan kedua-dua pasangan faham akad tersebut dan perjalanan majlis sah daripada segi agama. Netizen ni kenalah ingat jugak. Bukan Bahasa Melayu je yang ada dalam agama Islam. Agama Islam ni dianuti orang pelbagai bangsa yang bercakap dalam pelbagai bahasa tau. Takkan orang Arab akad nikah guna Bahasa Melayu jugak?
Papepun kami nak ucapkan tahniah kat Shila dan Haris kerana dah bergelar suami isteri. Selamat pengantin baru ye!
Baca: “Tunang tak marah ke?” – Netizen Kutuk Shila Kongsi Kenangan Cinta Dengan Almarhum Tunku Jalil