in

“Dah lahirkan anak c*cat, tak reti uruskan?” – Ayah Cerita Kronologi Jenazah Bayi Dibekukan

ft doktor hina anak

Kisah pilu tentang adik Adham, anak syurga yang sudah meninggal dunia selama 16 hari tetapi jenazahnya dibekukan oleh pihak hospital kerana bapanya tidak mampu membayar bil telah menerima perhatian ramai.

Majoriti bersimpati dengan nasib anak syurga itu dan keluarganya, namun menurut pengurus jenazah yang kongsikan kisah ini, Wan Cai Official ada segelintir pihak didakwa telah mengecam mereka.

Artikel berkaitan : Jenazah Bayi Dibekukan Selama 2 Minggu Kerana Bapa Tak Mampu Bayar Bil Hospital

Artikel berkaitan : Bayi 6 Bulan Ditemui Meninggal Dunia, Pengasuh Tak Sedar Anak Jagaan Lemas Tertutup Selimut

Susulan itu, pengurus jenazah ini ada kongsikan kronologi bagaimana jenazah adik Adham ini  ditahan oleh pihak hospital dan menyebabkan jenazah itu telah dibekukan.

Kisah yang dikongsikan ini, menurutnya telah diceritakan sediri oleh bapa adik Adham sendiri. Ayahnya bekerja syif malam pada 23/11/2024 dan dalam perjalanan pulang ke rumah pada 24/11/2024, dia dimaklumkan oleh kawan yang isterinya sudah dihantar ke hospital tersebut.

“Sebab kawan saya panik jadi dia hantar lah ke situ terus. Saya touch down je di rumah kawan saya terus bawak ke situ. Waktu saya sampai isteri saya sedang diperiksa dan katanya bukaan sudah 5 cm. Saya ada tanya perlu bayar apa-apa ke sebab masa tu saya tengah menghadapi masalah kewangan.”

Jelasnya, kalau ikut perancangan, ayahnya memang mahu pindahkan isterinya ke Hospital Klang, pihak hospital sendiri ada sarankan tapi memikirkan keadaan isterinya yang semakin sarat dan bayi yang dah nak keluar, isterinya terpaksa bersalin di situ.

“Katanya nak bayar lepas bersalin pun boleh. Dia terus tolak isteri saya ke wad untuk tukar baju and ambik darah dan terus tolak labour room. Dalam labour room pun tak lama tak sampai 30 minit then doktor keluar jumpa saya bagi tahu anak saya ada komplikasi sekian sekian yang memerlukan doktor pakar and perlukan kos tinggi.”

“Doktor terus tanya duit ada tak and saya cakap belum ada lagi. Dia pun cakap dia nak bincang dengan bos dia dulu. Saya ke wad jumpa isteri saya tanya macam mana. Dalam 5 minit cam tu doktor tadi datang and cakap nadi baby dah start merendah apa semua and baby kritikal masa tu. Dia pun cakap kita biar lah baby tu pergi dengan tenang. Dia tanya saya nak tengok anak tak and saya terus pergi. Saya tengok anak saya dan azan kan. Sepanjang saya azankan anak saya dia aktif sangat.”

Katanya tak sampai 10 minit lepas diazankan, dia dimaklumkan bahawa anaknya sudah tiada dan dia ke kaunter untuk bertanyakan soal bil.

“Semua sekali total RM 3,000 lebih tapi dia tolak duit depo dan nurseri yang tak jadi pakai tu tinggal RM 2,480. Bila saya tanya nak bayar untuk keluarkan baby dulu katanya tak boleh sebab kena bayar full baru dua-dua boleh keluar. Sepanjang 2 minggu setiap hari saya usaha cari duit telefon kenalan dan ahli keluarga tapi tak ramai yang dapat tolong.”

Disebabkan itu, isteri dan jenazah bayinya telah ditahan, ketika ditahan dalam wad, ayahnya bercerita bahawa doktor ada bertemu dengan isterinya dan menghina anaknya.

“Pada hari ketiga wife saya ditahan doktor yang merupakan owner datang jumpa isteri saya dan menghina anak saya dengan kata² KAU DAH LAHIRKAN ANAK CACAT, KAU TAK RETI NAK URUSKAN JENAZAH ANAK KAU KE? Sepanjang dia hospital, luka jahitan pun tak diperiksa. BP kadang datang check kadang tak. Ada sehari tu tak check langsung. Once saya mintak sumbangan dari tempat kerja dapat selesaikan sedikit bill sampai tinggal RM1,800 lebih. But still tak boleh keluarkan baby.”

Namun begitu, Isnin lepas, si ayah menjelaskan bahawa ada seorang pesakit di hospital itu telah membantunya untuk bayarkan bil tersebut pada jam 11 pagi.

“Pada hari Isnin ada hamba Allah yang juga patient dekat situ tolong bayarkan bil tersebut pada jam 11 pagi. Saya pun terus call pihak office kerja saya untuk mintak gaji bagi pengurusan bayi tetapi diminta tunggu pukul 3 petang. Saya kemudian cuba hubungi pihak UKVJ untuk tanya macam mana dan pihak UKVJ yang tolong saya selesaikan segala masalah.”

Menurut Wan Cai, sebagai seorang pengurus jenazah, tindakan yang dilakukan pihak hospital ini sangat tidak wajar kerana jenazah perlu diuruskan dengan segera.

Malah, selepas hantaran ini dibuat, Wan Cai menjelaskan pihak hospital katanya akan mengeluarkan kenyataan dari pihak mereka pula.

Sumber : Facebook