Macam-macam perangailah orang-orang sekarang ni. Biasanya korset ni perempuan dewasa yang akan pakai. Tapi lain pulak kali ni bila korset dipakaikan pada baby!
Dah kenapa nak pakaikan baby korset? So, seorang hamba Allah dah menulis entri di Facebook bagi mempromote produk yang dijual. Seperti peniaga-peniaga lain, pastinya mereka akan meletakkan ‘testimoni’ bagi menarik minat pembeli.
Namun, ramai yang merasakan produk serta dakwaan keberkesanan produk yang dijual ni melampau dan tidak masuk akal. Kata individu tersebut,
“Dengan hanya membalut waist nipper/bengkung ni je pada baby, bacaan jaundis/penyakit kuning baby turun mendadak..”
“Selepas je tahu baby ada jaundis terus pakaikan bengkung ni pada baby. Tukar je kain bedung dengan bengkung ni.”
Tak cukup dengan itu, dia juga mengetengahkan mengenai seorang nurse yang terkejut dengan bacaan jaundis anak yang dah menurun.
“Kali ketiga pergi klinik, nurse cakap dah okay. Nurse pula yang tanya ikhtiar cara macam mana sampai bacaan boleh turun mendadak.”
Dia juga turut mengatakan bahawa nurse berkenaan sempat juga membeli satu set bengkung tersebut daripada ibu itu. Individu ini turut memberitahu bengkung yang sama boleh digunakan sebagai selimut untuk menurunkan suhu badan bayi ketika demam. Whattt?
So, dengan dakwaan mengenai produk in, even Dr Amalina pun tak boleh terima macam mana sesetengah rakyat Malaysia boleh percaya dengan benda-benda macam ni.
Selain itu, pastinya rata-rata tak puas hati dan mengatakan individu tersebut hanya terlebih dakwa dan tidak memikirkan kesan yang mungkin jadi kepada bayi tersebut.
Kalau dengan pakai korset dah boleh turunkan bacaan jaundis baby, mesti doktor-doktor yang bertauliah dah lama buat kajian dan sarankan guna. Tapi tak pernah pulak diuar-uarkan pasal ni.
Jadilah ibu bapa yang bijak.
Baca: “Kalau telan satu lori pun, tak usaha tak jalan!” – Doktor Tegur Ibu Bapa Beli Ubat Minda Untuk Anak