Siapa sangka dalam diam, pelakon dan penyanyi cantik manis, Elizabeth Tan dilaporkan telah berkahwin dengan ahli perniagaan bernama Siew Jim pada Sabtu lepas.
Walaupun sudah berkahwin, Elizabeth yang juga dikenali sebagai Lizzy ni memberitahu yang dia masih orang yang sama meskipun sudah berumah tangga.
https://www.instagram.com/p/CKYw1ZBsa7r/
Semalam, Lizzy telah memuat naik posting pertama selepas dia berkahwin dengan menunjukkan aksinya sedang bermain skateboard. Menerusi posting itu juga, Lizzy menegaskan perkara yang serupa iaitu dia takkan berubah walaupun sudah berkahwin.
https://www.instagram.com/p/CMuGch-FhtH/?utm_source=ig_embed
“Kahwin ke tak, Lizzy tetap sama je hehe,” katanya.
“Lizzy memang la sama tapi keadaan menjadikan ia tak sama lagi”
Meskipun berulang kali Lizzy menegaskan tiada apa yang berubah, peminatnya terutama peminat lelaki berpendapat perkara tersebut sudah berubah kerana dia kini isteri orang dan mereka meminta penyanyi berusia 28 tahun ini berhenti memainkan perasaan mereka dengan memuat naik video tersebut.

Malah tak cukup dengan itu, ada juga di kalangan netizen mengambil langkah drastik dengan ‘unfollow’ Lizzy di Instagram kerana kecewa dan mahu move on. Alahai kesian betul…

Semoga para lelaki di luar sana bertabah ye. Bunga bukan sekuntum… masih ramai lagi yang cantik dan single di luar sana.
Baca: Tular Desas-Desus Elizabeth Tan Sudah Berkahwin, Siapa Lelaki Bertuah Itu?

