Hospital adalah antara tempat yang kita memang expect kebersihannya terjaga kan? Mana taknya, kalau tak bersih memang bahayalah untuk kesihatan lagi-lagi tempat yang ramai pesakit dan memerlukan penjagaan yang baik.
Tapi kalau satu-satu tempat tu ada tikus, dah tentulah kita akan persoalkan kebersihan tempat tu kan sampai tikus pun boleh bermaharajalela.
“Steady wad gomen untuk budak sekali dengan tikus”
Macam baru-baru ini, seorang wanita telah memuat naik video di TikTok menunjukkan tikus berkeliaran di sebuah wad kanak-kanak di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.
Menerusi video tersebut, wanita ini mengatakan bahawa dia telah pun membuat aduan kepada jururawat yang bertugas namun tak diendahkan.
https://www.tiktok.com/@dayanaradzuan/video/7074447782345592090?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Selepas tular video ini di media sosial, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan akhirnya telah pun mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut.
Menurut Ketua Pengarahnya Dato Dr Harlina, Pihak HTJ telah pun membuat tindakan segera susulan video viral tersebut dengan mengambil beberapa langkah penambahbaikan bagi mengelakkan insiden seperti ini berulang.
https://www.facebook.com/HTJSN9/posts/3178971485758163
Antaranya temasuklah penjadualan kawalan makhluk perosak melalui aktiviti pemeriksaan rutin dan mengenal pasti lokasi yang kerap didatangi tikus dengan memasang perangkap.
Selain itu, pihak HTJ turut akan menambah kekerapan jadual pembersihan dan kutipan sampah bagi memastikan kebersihan di sekitar hospital terutamanya di wad terjaga.
Oklah kan, sekurang-kurangnya bila video ni viral adalah tindakan pantas yang diambil untuk selesaikan masalah ni.
Baca: “Loya sebulan” – [VIDEO] Dah Licin Pinggan Baru Perasan Dua Tikus ‘Bertenggek’ Di Tempat Potong Ayam