in

“Dah buat salah masih diusap-usap” – Netizen Terhibur Tengok Kucing Tenang Duduk Atas Kereta Berjalan

kucing atas kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencinta kucing mesti ‘jatuh jantung’ kalau haiwan kesayangan kita itu hilang dari pandangan, betul tak?

Baru-baru ini, sebuah video tular di X yang memaparkan seekor kucing tenang meskipun sedang berada di atas sebuah kereta yang sedang bergerak.


Artikel berkaitan: Netizen Berang Lihat Kucing Ditemui Dalam Keadaan Lemah, Badan Pula Dicat Putih

Artikel berkaitan: “Sopannya dia” –  Ramai Cair Tengok Gelagat Kucing Ini Ketuk Pintu Sebelum Masuk Bilik Tuan

Perkongsian @ern_eindee itu mendapat perhatian netizen kerana aksi kucing berwarna putih dan kelabu itu yang kelihatan bersahaja serta tidak membuat ‘aksi’ yang membahayakan seperti terjun dari atas kenderaan tersebut. 

Situasi yang mencuit hati itu hanya disedari oleh pemandu kereta berkenaan selepas ditegur oleh seorang lagi pemandu lain apabila mereka sedang berhenti di lampu isyarat.

Ketika berhenti di lampu isyarat tersebut, kelihatan seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan menepuk dahinya lalu terus memeluk si bulus itu.

“Dia boleh rilek je atas tu” 

Video berdurasi 40 saat itu menarik perhatian netizen lebih-lebih lagi peminat kucing, rata-rata mereka ‘geram’ dengan telatah kucing tersebut.

cats 12

Dia boleh rilek je eh, orang yang risaukan dia! 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.