Menerusi SOP terkini daripada Majliis Keselamatan Negara hari ini, mereka yang tinggal di kawasan PKPB boleh makan di restoran dengan kapasiti bergantung pada keluasan meja.
Walaubagaimanapun, penjarakan sosial dan SOP haruslah dijaga. Sebelum ini, hanya terhad kepada 4 orang satu meja sahaja.
https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2984017305034489
Namun berbeza di Sabah. Mereka yang berada di kawasan tersebut, kapasiti bagi setiap meja di restoran boleh diduduki hanya setengah daripada jumlah muatan asal.
Misalnya meja yang boleh muat 4 orang hanya terhad untuk 2 orang, meja untuk 6 orang terhad untuk 3 orang dan meja untuk 8 orang terhad untuk 4 orang.
https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2983871401715746
Baca : TERKINI: MKN Beri Kelonggaran 3 Orang Dalam Sebuah Kenderaan