Baru-baru ini, tular sebuah video TikTok dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memuat naik klip video throwback dari rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI) yang menampilkan Biduanita Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Dalam rancangan itu, Siti Nurhaliza dilihat sedang bertanyakan soalan kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Razak dan lelaki itu memperkenalkan tunangnya bernama Delilah.
@radiotelevisyenmalaysia Di manakah Abang Razak sekarang? Semoga mereka bahagia bersama 🥰 Untung dapat ucapan terus dari @Siti Nurhaliza masa tu. #HMISitiNurhaliza
♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official
Disebabkan video itu, ramai yang tertanya-tanya di mana agaknya Abang Razak sekarang dan adakah dia masih kekal bersama pasangannya itu?
Artikel berkaitan: ”View baek tu” – Pekerja Tapak Pembinaan Tengok Konsert Siti Nurhaliza Percuma Buat Orang Ramai Cemburu
Artikel berkaitan: “Segan dengan gelaran Biduanita, panggil sahaja Siti macam biasa” – Siti Nurhaliza
“Tunang Abang Razak hadir…”
Namun ramai yang tak sangka, rupa-rupanya tunang kepada Abang Razak ini muncul di ruang komen dan memaklumkan bahawa dia dan lelaki itu sudah mendirikan rumah tangga selama 25 tahun dan dikurniakan lima orang cahaya mata.
Malah lebih menarik lagi, pasangan ini sudah mempunyai seorang cucu tau! Fuh jauh masa berlalu!
Wanita bernama Nordelilah atau lebih mesra dikenali sebagai Dee ini juga telah berkongsi fotonya bersama ‘Abang Razak’ dan keluarga besar mereka di TikTok.
Disebabkan ramai yang bertanya mana Abang Razak dan tunangnya sekarang, inilah kami. Alhamdulillah, bak kata TokTi semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu. Gambar last tu gambar cucu dan si anak bongsu,” tulisnya.
Ramai yang memuji Razak dan Delilah masih kelihatan muda seperti dulu dan mendoakan semoga hubungan suami isteri ini kekal bahagia hingga ke jannah.
Till jannah Abang Razak dan Delilah!
Sumber: TikTok (1), (2)