Sebelum ini agak kecoh kontroversi yang melanda rumah tangga Shuk Sahar dan isterinya Rossalenah Natassyiah Asshaferah gara-gara orang ketiga.
Malah pada Oktober lalu, isteri Shuk yang lebih dikenali sebagai Sera ini turut mengatakan yang dia nekad untuk menfailkan perceraian selepas hampir lima tahun bertahan dengan perangai suaminya.
Sejak itu juga, Sera turut menunjukkan penampilan barunya selepas dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram selaras dengan perniagaan produk pelansingan badan yang dijualnya.
Dan kadang kala wanita ini ada kongsikan beberapa mesej melalui Instagram peribadinya menunjukkan Shuk masih cuba untuk memujuk dirinya agar bersama kembali.
“Dah berbaik ke tu?”
Baru-baru ini melalui TikTok, Sera telah kongsikan video dia pergi ke pejabat agama. Dalam video ini, dia hanya menunjukkan yang dia memegang fail tapi tak menjelaskan tujuannya berada di sana.
@rossa.sera
Namun begitu, bila menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen perasan lelaki yang membawa kereta itu kelihatan seperti Shuk dan ramai yang tertanya-tanya adakah ini petanda Sera nak tunjukkan yang dorang dah berbaik semula.
Tak cukup dengan itu, kalau korang dengar lagu yang digunakan oleh Sera dalam video ni pun macam ada tanda-tanda dia bagi hint dah berbaik dengan Shuk. Ke min je rasa macam tu?
Andaikan kau tahu
Rasa sayang ku melebihi rasa sakit ini
Apa-apa pun kita tunggu je lah kenyataan dari Sera atau Shuk. Dia mungkin lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya dan keluarga kan?
Baca: “Ni tang mano?” – [VIDEO] Isteri Shuk Dakwa Wajah Iras Tangmo, Ini Jawapan Netizen