in

“Dah beli barang nikah” – Bekas Mak Nyah Teraniaya, Dapat Tahu Buah Hati Rupanya Isteri Orang

bekas mak nyah teraniaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kami melaporkan mengenai seorang bekas mak nyah, Danny yang berhasrat untuk mengakhiri zaman dudanya dengan kekasih baru yang bergelar doktor dalam masa terdekat.

Kisah Danny yang juga pemilik salun pernah mendapat perhatian apabila dia berkahwin dengan bekas pengkid tetapi hanya bertahan selama dua minggu saja.


Namun dalam perkembangan baharu, Danny mengatakan dirinya telah dianiaya apabila mengetahui kekasihnya itu rupa-rupanya isteri orang.

Artikel penuh: Pernah Viral Kahwin Dengan Bekas Pengkid Tapi Bertahan 2 Minggu, Bekas Mak Nyah Jumpa Pengganti Baru

Artikel penuh: “Kebahagiaan yang diolok-olok” – Bekas Mak Nyah Dedah Sebab Kenapa Ceraikan Isteri

Snaptik.app 73235402648726929992

Ahli keluarga kekasih tak jujur

Menerusi video TikTok yang dimuat naik semalam, Danny mendedahkan bakal isterinya yang bernama Dr Qaseh sudah pun berkahwin.

Ia susulan seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah suami kepada Dr Qaseh sambil menunjukkan bukti video dan gambar perkahwinan mereka.

Snaptik.app 73238485775354954252

“Saya rasa saya manusia yang teraniaya, lelaki yang teraniaya. Saya rasa saya terlalu naif dalam hubungan ini,” ujarnya.

Danny tampil menjelaskan yang dia tidak tahu Dr Qaseh sudah berkahwin dan berstatus isteri orang kerana dimaklumkan wanita itu masih bujang.

Katanya, dia sudah memeriksa latar belakang Dr Qaseh dengan kakak kandung wanita itu yang memberitahu bakal isterinya belum pernah berkahwin.

@dannyrichsaloon

TERANIAYA #danny #dannyrichsaloon

♬ bunyi asal – Danny Rich Saloon – Danny Rich Saloon

“Saya ada menerima mesej daripada seseorang mengatakan doktor sudah berkahwin dan saya mengesyaki dan memaksa doktor memberi nombor telefon keluarganya untuk bertanyakan perkara sebenar.

“Saya dapat nombor kak long, kakak kandung doktor, saya bertanya kepada kak long dan dia mengesahkan kepada saya itu adalah gambar adik doktor yang diambil gambar seperti perkahwinan.

“Katanya, jangan mendengar apa orang cakap mengenai hubungan kami dan itu dinasihatkan kakak kandung doktor sendiri jadi saya mula berasa itu satu fitnah,” katanya.

Dah beli barang nikah

Danny memaklumkan dia dihubungi seorang lelaki yang mengatakan dirinya adalah suami kepada wanita itu dan mendapati lelaki itu adalah suami yang sah disisi undang-undang.

Susulan itu, Danny memohon maaf kerana tidak tahu bahawa Dr Qaseh merupakan isteri orang memandangkan dia dimaklumkan wanita itu masih bujang.

Menurutnya, ahli keluarga wanita itu tidak mahu masuk campur ketika Danny meminta penjelasan daripada mereka.

Difahamkan, Danny sudah membeli barangan keperluan pernikahan seperti cincin, baju dan lain-lain namun terpaksa membatalkan perkahwinan yang diimpikannya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.