• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Semasa

“Dah bayar deposit, waktu delivery banyak alasan” – Kontraktor Rugi RM14 Ribu, Beli Ford Ranger Di Facebook

by Kamalya October 20, 2020, 1:22 pm

ShareTweet
Kereta4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum beli aset yang berharga, selagi tiada depan mata, janganlah buat sebarang pembayaran. Bukan apa, dikhuatiri ditipu scammer. Baru-baru ini, lelaki rugi lebih RM14 ribu kena tipu jual beli kereta.

 

Seorang kontraktor kerugian RM14,412 apabila tertipu dalam urusan pembelian kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor terpakai dari Singapura yang diiklankan melalui Facebook, kelmarin. – Lapor Sinar Harian


 

‘Beli’ Ford Ranger halimunan RM36 ribu, terpedaya iklan di Facebook

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada 3 Oktober lalu, lelaki berusia 53 tahun itu melayari facebook peribadinya dan tertarik dengan satu iklan penjualan kereta terpakai dari Singapura.

Kemudian mangsa berminat untuk membeli kereta Ford Ranger Raptor yang diiklankan dengan harga RM36,000 dan ‘proses’ jual beli dijalankan antara mereka.

Kereta2

“Mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki (penjual) untuk proses pembelian kenderaan itu sebelum dia diminta mengemukakan gambar kad pengenalan, lesen memandu, salinan sijil syarikat (SSM) dan penyata bank untuk tempoh bulan terkini bagi tujuan pinjaman.”

“Mangsa juga diminta membayar RM6,100 untuk wang pendaftaran dan wang pendahuluan selepas bersetuju untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang ditawarkan.”

Nampak legit kan siap minta dokumen-dokumen.

Bayaran tersebut dibuat melalui dua akaun bank atas nama individu berbeza pada 5 Oktober.

 

Deposit dah bayar tapi masa penghantaran pemandu bagi banyak alasan

Keesokan hari pula, mangsa menambah lagi bayaran lebih RM8 ribu.

“Pada 6 hingga 7 Oktober lalu, mangsa membuat bayaran tambahan RM8,312 menggunakan akaun syarikat untuk insurans, cukai jalan dan proses tukar nama.

“Selepas semua bayaran dibuat, mangsa dimaklumkan kenderaan itu akan dihantar menggunakan trak tunda.”

Selepas bayaran dilakukan, individu tersebut memberi nombor telefon pemandu lori yang dikatakan akan menghantar kereta kepadanya.

Dia menghubungi pemandu tersebut tapi banyak pula alasan diberi.

“Mangsa menghubungi pemandu lori berkenaan bertanyakan tentang penghantarannya namun lelaki itu memberi pelbagai alasan apabila kenderaan tersebut gagal dihantar dan diserahkan.”

 

Kereta1

“Syak telah ditipu mangsa membuat laporan polis semalam untuk tindakan lanjut selain bimbang semua dokumen yang diserahkan dalam urusan itu disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.”

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pekan semalam.

Tambah polis, pihaknya tidak menolak kemungkinan kenderaan yang ditawarkan itu tidak wujud sebaliknya hanya dijadikan umpan untuk memperdaya mangsa.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pada masa sama, pihaknya kini sedang mengesan dua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes ini bagi membantu siasatan.

 

Baca : “Percutian ke alam barzakh ke?” – Lelaki Kena Scam Bayar Deposit Untuk Sewa Homestay Tapi Dapat Alamat Tanah Perkuburan

Kereta

Sumber: Gambar Hiasan
Sumber: Gambar Hiasan
ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Collage 14

    “Bukan Hal Saya” — Azam Baki Enggan Komen Panjang, Terpulang Kepada Mereka Yang Mahu Berdemo

  • Hospital Pasir Gudang

    Hospital Pasir Gudang Kehilangan Sijil Cuti Sakit, 2 Nombor Siri Ini Tidak Sah Diguna Pakai

  • Peti Ais

    2 Bayi Ditemui Beku Dalam Peti Ais, Suspek Utama Ibu Kandung Kini Dalam Tahanan Polis

  • Feature Image 3

    18 Tahun Terpisah Dari Keluarga Kerana Ikut Suami Ke Lombok, Wanita Malaysia Dibawa Pulang Oleh Wisma Putra

  • Aadk

    Jarum Suntikan Berselerak Berhampiran Pantai, AADK Akan Lakukan Siasatan

Video Terbaru

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

  • Thumbs Komando 3

    Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Siaran Akhbar

  • Collage 10

    Insken Media Hi-Tea Perkukuh Hubungan Strategik Bersama Media

  • Collage 9

    Anugerah Enterprise 50 (E50) 2026: Lebih Prestij Dengan Fokus Pemerkasaan Eksport Dan Jaringan Perniagaan Global

  • Collage 8

    Bank Rakyat Tawar Hadiah 10.8 Juta, Umum Jutawan Terbaharu Akaun Pelaburan-i Rizq Plus

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Terkini

  • Syaz Ft 2026 02 13T133115.003

    “Best day of my life” – Kamal Adli Luangkan Masa Dengan Hawra, Netizen Tumpang Gembira

  • Ft Que Fazura

    Anak Dapat Hadiah, Ramai Netizen Mula ‘Kenenkan’ Que Haidar & Fazura

  • Syaz Ft 2026 02 09T132951.878

    Selebriti Senior Dakwa Pelakon ‘Demand’ Tinggi Jadi Punca Watak ‘Acu’ Dalam Keluarga Iskandar 3 Tarik Diri?

  • Along Eyzendy

    “Doktor minta banyakkan doa” – Keadaan Along Eyzendy Kritikal, Organ Dalaman Semakin Lemah

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube