in

Dah Bayar Denda RM3,000 Seorang, Kes Khalwat Aliff Aziz & Ruhainies Didakwa Sudah Selesai?

aliff aziz ruhainies kes khalwat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes khalwat melibatkan penyanyi Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies dipercayai sudah selesai selepas kedua-dua selebriti ini dilaporkan telah membayar denda sebanyak RM3,000.

Difahamkan, denda itu diputuskan menerusi prosiding yang berlangsung pada Jumaat lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan pada Jumaat lalu tanpa pengetahuan pihak media.


Sebelum ini, mahkamah yang sama menetapkan tarikh sebutan pada 20 dan 27 Februari bagi perbicaraan kes khalwat antara Aliff dan Ruhainies.

Artikel berkaitan: “I will make sure you will pay for it” – Tular Kad Pertunangan Dengan Alif Aziz, Ruhainies Tampil ‘Sound’ Peniaga

Artikel berkaitan: Aliff Aziz & Ruhainies Muncul Di Mahkamah Syariah Berkaitan Kes Khalwat? Ini Penjelasan Peguam

Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz menetapkan tarikh berkenaan selepas kedua-dua pihak bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti sensasi itu termasuk peguam yang mewakili mereka tidak hadir ke perbicaraan mahkamah pada 20 Februari lalu dan ditangguhkan atas sebab yang tidak pasti.

b5ef76c71565b2db649a6c2a64c602a2

Memetik sumber Kosmo!, peguam syarie yang mewakili kedua-dua selebriti terbabit, Abdul Hadi Mohamad Salleh juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan berkenaan perbicaran kes itu.

Untuk info, Aliff dan Ruhainies telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium dalam prosiding pada 3 Julai lepas dan memilih untuk dibicarakan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.