Pernah tak rumah korang dimasuki haiwan yang melingkar dan berbisa seperti ular? Memang trauma betul kalau jadi macam ni. Kita pun tak perasan bila ular ni masuk, jadi kena sentiasa berhati-hati.
Namun, buat keluarga di Amerika Syarikat ini pula, trauma mereka masih belum hilang apabila siling rumah yang disewa runtuh dan yang paling mengejutkan, ianya berlaku sebab ada empat ekor ular tikus kat dalam tu. Menurut Metro UK, bumbung rumah Harry Pugliese itu dah beberapa bulan bocor.
Februari lalu, Harry telah memberitahu tuan rumah tentang bumbung yang bocor namun tiada sebarang tindakan dari pihak tuan rumah. Pihak Animal Control pula harus mendapatkan keizinan daripada tuan rumah, John Stafford untuk memecahkan lebihan siling berkenaan dalam usaha untuk mengalihkan ular-ular itu ke tempat lain.
Namun, Stafford tak nak buat apa-apa dan sebaliknya, dia telah menyuruh penyewa untuk keluar daripada rumah tersebut dalam masa seminggu. Dia juga mendakwa dia telah menyuruh seseorang ke rumah terbabit beberapa bulan lalu untuk membaiki bumbung yang rosak.
Tuan rumah juga mengatakan dia tak tahu menahu tentang kehadiran haiwan perosak di rumah itu. Manakala, Harry pula mengatakan kerja-kerja membaik pulih pada ketika itu hanyalah melibatkan penampalan plaster.
Harry juga mengatakan dia telah cuba menghubungi tuan rumahnya itu untuk memberitahu bahawa masalah kebocoran itu masih berlaku. Jadi, dia kemudiannya terpaksa memanggil sendiri tukang untuk membaiki bumbung yang rosak.
Dia juga enggan membayar sewa rumah selagi kesemua bahagian yang rosak tidak dibaiki dan haiwan perosak dihalau. Walau bagaimanapun, tuan rumah pula mengatakan sewa rumah tetap perlu dibayar untuk menanggung kos penyelenggaraan.
Selain itu, rumah terbabit juga turut menghadapi masalah serangga perosak lain seperti lebah, tikus dan lipas.
Complicated jugak masalah ni kan. Harapnya mereka akan temui jalan penyelesaian dengan baik. Apa-apa pun, korang kena rajinkan check siling rumah korang, kot-kot ada yang ‘menumpang’.
Sumber: Metro.co.uk
Baca: Aksi Dua Lelaki Bawa Ular Sawa Menaiki Motosikal Undang Kritikan Ramai