in

“Dah bagitahu nenek tapi tak nak percaya” – 6 Tahun Anak Kena Cabul Dengan Ayah Sebab Janji Nak Belikan Handphone

Baparogolanak3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang remaja yang berumur 13 tahun pada zaman moden ini, handphone merupakan hadiah paling bernilai bagi mereka kan?


Disebabkan itu bapa durjana ni tergamak gunakan taktik ini sebagai ‘umpan’ untuk melempiaskan nafsunya.

 

Nenek tak pernah nak percaya

5D4Beefd881B0

Lepas 6 tahun remaja yang berumur 18 tahun dari Indonesia kena mengharungi ‘sengsara’, bapa durjana tu akhirnya dah kena tangkap selepas hal ini dilaporkan kepada ibunya.

Lapor Tribun, kelakuan terkutuk yang ayah dia lakukan ini sejak tahun 2013, masa tu mangsa baru sahaja berumur 13 tahun.

Polis menjelaskan yang bapa pada mulanya merayu-rayu dan ‘umpan’ nak belikan handphone, tak tahu apa-apa remaja tu pun turuti kehendak ayahnya itu.

Ibunya yang bekerja di Malaysia dapat tahu lepas dia dah buntu sebab selama ni neneknya yang tinggal serumah tak pernah percaya apabila menceritakan hal ‘haruan makan anak’ ni.

 

Sebenarnya korban sudah berusaha menyampaikan ke neneknya, namun setelah berulang kali dilakukan, neneknya tetap tidak mempercayai keterangan dari si korban sehingga begitu ibunya datang baru diceritakan,”

Lepas dapat tahu pasal kes anak dia, si ibu terus pulang ke tanah air dan terus membuat laporan polis. Si bapa akhirnya ditangkap di rumahnya yang bertempat di Kecamatan Walenrang Timur.

Ketika dalam tahanan bapanya tak nak mengaku perbuatannya pada mulanya tapi lepas ditemukan dengan mangsa ayahnya akhirnya mengaku.

Dia berterus terang pasal hal ini, katanya pertama kali dia lakukan perkara sedemikian pada tahun 2013 saat ibunya mula bekerja di Malaysia.

Si bapa ini akan disabitkan dengan beberapa kesalahan mengikut undang-undang di negara tersebut. Nenek mangsa mula percaya lepas ibunya pulang dan menceritakan hal ini kepadanya.

 

Baca : “Dia rogol & pukul saya bertahun-tahun” – Bapa Rogol Anak Empat Kali Sehari Dari Umur 6 Tahun Hingga 13 Tahun
Baparogolanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.