Sebelum ini tular mengenai penyanyi dari seberang ‘claim’ lagu lemak manis dari penyanyi Roslan Madun adal,ah lagu diciplak dari Indonesia.
Tetapi, lagu itu juga kini dipopularkan kembali oleh penyanyi Haziq Rosebi mula disambut baik generasi sekarang.
Bukan mudah untuk menyanyikan lagu irama melayu. Bagi penyanyi yang profesional juga, mereka memerlukan latihan bertahun untuk mahir dalam segi lenggok nyanyian.
Tular satu video seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menyanyikan lagu Lemak Manis itu dalam satu majlis.
Malah, kanak-kanak itu kelihatan sangat teruja dan tidak merasa takut dengan kehadiran tetamu dalam majlis itu. Dia juga memulakan nyanyiannya dengan baik malah mengikut melodi lagu.
Rata-rata ahli keluarga dan sanak saudara yang hadir turut terhibur dengan persembahan nyanyian dari kanak-kanak itu.
Artikel berkaitan: Tetap slay – Nenek Bergaya Macam Influencer Di Kenduri Kahwin Curi Perhatian Ramai
Artikel berkaitan: Tak Sengaja Tercalarkan Kereta Jiran, Budak Lelaki Tinggalkan Surat Minta Maaf & Duit RM50 Sebagai Ganti Rugi
Video berkenaan menjadi tular di Facebook dan menerima puluhan ribu tontonan.
“Mana adik dapat ‘confident’ nyanyi depan orang ramai macam tu.
“Key semua betul, ini siapa mesti atuk nenek ajar nyanyi ni.
“Suka tengok cara dia pengang mic tu macam selalu pegi karok,” antara komen netizen.
Bukan senang nak nyanyi lagu irama melayu, dapat jemputan duet dengan penyanyi asal pun boleh jadi juga.