Seorang doktor meluahkan rasa bimbangnya terhadap kadar kesihatan anak muda di Malaysia, Dr Irma menjelaskan bahawa kadar kesuburan rakyat Malaysia ini sangat rendah.
Malah, beliau juga mendedahkan pesakit kronik yang beliau runding kini semakin lama semakin muda umurnya. Menurutnya, ada pesakit yang berumur 20 tahun menghidap kencing manis tahap 2!
Artikel berkaitan : “Umur 19 tahun dah ada diabetes & darah tinggi” – Penglihatan Wanita 27 Tahun Terjejas Gara-gara Kemaruk Makanan Viral
Artikel berkaitan : Balik Sekolah Je Teguk Air Gas, Remaja Umur 21 Tahun ‘Hilang’; Kaki Akibat Kencing Manis
Dr Irma menjelaskan keadaan pesakit tersebut yang obesiti, memerlukan tahap insulin yang tinggi, malah ada juga pesakit yang dah kahwin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan anak.
“Ada yang datang 30 tahun, 50 tahun, strok! Literally strok! Tekanan darah sangat tinggi, obesiti, ya! Saya risau, dan kalau kita tengok content-content macam makanan sekarang, terutamanya kek tapak kuda orang berlumba-lumba isi paling banyak.”
Dalam pada itu, Dr Irma juga menjelaskan bahawa ada pesakit yang baru berumur 5 tahun ke 10 tahun yang berat badannya mencecah 50kg -60kg itu amatlah membimbangkan dirinya.
Menurut Dr Irma, kadar kesuburan rakyat Malaysia semakin rendah, dan pesakit kronik yang datang setiap hari ke klinik beliau ramai yang dari kalangan orang muda.
Tikt0k @/drirmaizzati pic.twitter.com/uQCagrMUHs
— TikTok Berguna (@TikTokBerguna) January 26, 2024
Sebagai seorang doktor yang pernah mempunyai berat badan yang tinggi dan kini telah berjaya mengurangkannya, Dr Irma begitu tegas dalam memperingati para pesakitnya bahawa kegemukan adalah salah satu punca masalah kesuburan.
Tambahnya, ramai pesakit mengakui bahawa punca kegemukan dan masalah kesihatan mereka adalah daripada pengaruh media sosial yang menunjukkan makanan-makanan yang menggiurkan.
Disebabkan itu, statistik mengenai peratusan memiliki anak mengikut umur itu menurutnya makin kurang relevan kerana semakin ramai obesiti dan golongan muda yang mempunyai penyakit kronik.
Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa Dr Irma tidak menafikan bahawa dirinya juga ada membeli makanan-makanan viral, tetapi ia haruslah berpada-pada.
Sumber : X