Baru-baru ni, viral mengenai seorang pelakon veteran, Aman Graseka yang dikhabarkan sedang dalam kesusahan. Dikatakan, dia yang sudah lama tak mendapat tawaran berlakon, perlu membuat kerja-kerja lain bagi menampung kehidupan keluarganya.
Berikutan ni, banyak pihak yang berharap agar dapat membantu Aman termasuklah anak perempuannya iaitu Nur Dayini Asyiqah.
Artikel berkaitan: “Carikan peluang berlakon” – Persatuan Karyawan Cuba Bantu Aman Graseka
Artikel berkaitan: Mas Idayu Terkejut Aman Graseka Hidup Susah, Persoal Kenapa Tak Minta Tolong Anak
Akan tetapi, keinginan untuk bantu bapa kandungnya itu tak tercapai kerana dia mendakwa bahawa nombornya telah disekat sejak bapanya berkahwin semula pada 2018.
“Selepas papa berkahwin lain, saya sudah tidak berjumpa dia. Rasanya sudah enam tahun juga kami tidak berhubung. Nombor telefon saya pun sudah disekat dan saya tak tahu bapa di mana.”
Meskipun begitu, sebagai seorang anak, dia akan tetap tolong walau kisah kesusahan bapanya itu hanya diketahuinya melalui cerita di media sosial.
Tambahnya lagi, dia turut terkilan dengan berita bapanya meminta bantuan kewangan daripada rakan-rakan artis lain dan berpendapat yang permintaan itu bukanlah datang dari bapanya.
“Saya kenal bapa saya, saya tahu cara dia hantar mesej. Dia pun lebih suka call berbanding hantar mesej. Saya tidak rasa itu dia. Mungkin pihak lain.”
“Setahu saya, papa bukanlah seorang yang suka meminta dan dia boleh sahaja mendapat bantuan daripada ahli keluarga sekiranya benar-benar hidup susah.”
Pada masa yang sama, Dayini juga tidak pasti tentang kenapa nombornya kena block sedangkan sebelum ni, dia dan bapanya tak ada sebarang isu pun.
Dia turut beranggapan bahawa isteri Aman kini, Reena Arina cuba untuk memutuskan hubungan dua beranak itu. Walaupun begitu, Reena tidak mahu mengulas lanjut tentang isu ini sebaliknya mengharapkan Aman untuk selesaikannya.
Untuk rekod, Dayini merupakan anak hasil perkahwinan Aman bersama penyanyi terkenal iaitu Mas Idayu.
Akan tetapi, mereka telah bercerai pada 2007 dan Aman telah mendirikan rumah tangga baharu dengan Reena pada 2018 manakala Mas Idayu telah berkahwin dengan Muhammad Sufian Che Isa pada 2022.
Sumber: mStar, Berita Harian