in

Dah 30 Tahun Baru Sedar, Hospital Di Jepun Ini Terguna Air Tandas Sebagai Sumber Minuman

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebersihan adalah antara perkara yang paling dititikberatkan di hospital. Namun siapa sangka, sebuah hospital di Jepun ini mendapat nama buruk gara-gara menggunakan air tandas sebagai sumber air minuman di situ.

Hospital Universiti Osaka di Suita, Jepun yang dibina pada tahun 1993 tanpa sedar telah menggunakan air tandas sebagai sumber air untuk paip air minuman.


Hal ini gara-gara sistem paip bangunan hospital ini disambungkan secara salah, dan mereka mula menyedari hal ini pada 20 Oktober lalu ketika pihak hospital sedang membina loji air baharu di situ.

1 7

Menurut sumber, terdapat hampir 120 paip yang disambungkan secara salah ketika hospital ini mula dibuka pada 20 tahun lalu.

Selama 30 tahun, staf hospital dan pesakit telah menggunakan paip yang disambungkan ke sumber air yang salah untuk tujuan minum, membasuh tangan dan berkumur-kumur.

Pihak hospital menjelaskan mereka telah menyiasat isu ini dan mendakwa kualiti sumber air tersebut berada pada paras yang baik dan tiada bahaya atau isu kesihatan yang dilaporkan sebelum ini.

Dalam satu sidang media, pihak hospital tampil menjelaskan isu ini kepada umum serta memohon maaf secara terbuka kepada orang awam.

“Saya amat kesal kerana pihak universiti yang menyediakan rawatan perubatan telah menyebabkan kebimbangan kepada anda”

 

Kredit: DailyMail

BACA: Mahu Tingkatkan Produktiviti Pekerja, Syarikat Jepun Ini Bela 9 Ekor Kucing Di Pejabat

Capture 6

Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.