Sebelum ini viral satu kes apabila ada seorang wanita kongsikan keluhannya disaman oleh anggota polis di hadapan kafe milliknya kerana tak pakai pelitup muka.
Apa yang menjadi isu sehingga viral adalah saman itu diberikan ketika dia baru keluar kereta untuk ambil anaknya di tempat duduk sebelah, malahan sekeliling kawasan di Jalan Pusat Komersil Yayasan 3, Segamat itu tidak sesak!
Disaman masa baru nak keluar kereta, tempat tak sesak
Kau bayang kan aku baru keluar dari kereta nk pergi ambil anak aku kat seat sebelah,BUKAN TEMPAT https://t.co/LAE5lvYJmi aku pun tak buka lagi. DIA SAMAN AKUUU WEYH DIA SAMAN!Sebab aku bukan politician.Kedai keliling cafe aku semua tutup!doakan aku nak fight esok pic.twitter.com/2nytaokVnI
— kakti (@kakti64) January 20, 2021
Susulan dengan penularan kes tersebut, semalam Polis Johor tampil berikan kenyataan untuk menyangkal dakwaan tersebut.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil semakan pihak polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku kira-kira 11 pagi itu mendapati bahawa ramai pengunjung yang lalu lalang mengunjungi kedai dan premis yang berhampiran kawasan tersebut.
Menerusi Utusan semalam, wanita berusia 29 tahun itu dikatakan bersama seorang lagi wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka.
“Ketika itu, bersama individu berusia 29 tahun itu ialah seorang wanita yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka. Kenyataan individu ini menyatakan di kawasan tersebut tiada orang dan tiada kesesakan adalah tidak benar sama sekali.
“Tindakan individu ini yang tidak memakai pelitup muka boleh menimbulkan kegusaran kepada orang awam lain yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Wanita itu telah dikenakan tindakan kompaun oleh pasukan tindakan khas pematuhan (SOP) Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di bawah Peraturan 16(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2021.
Tunjuk rakaman CCTV bukti orang tak ramai
Berikutan dengan kenyataan tersebut, wanita yang merupakan pemilik kafe Nur Izzati Aqilah Lokman tampil memberikan keterangan untuk membuktikan bahawa lokasi tersebut memang tak sesak.
Nur Izzati tunjukkan bukti rakaman CCTV dari kafe menerusi Twitter miliknya.
Aku bukan nak give up awal ke apa. tapi nampaknya kes aku ni mcm xda future ja 😅 hadoiii. da bagi bukti cctv tempat x sesak pun senyap je. video duration 6 minit yg aku ada. tp x reti nak post video panjang. aku redha. tunggu mahkamah maha Esa je la. ha gitu. 4 polis, aku, anak2 https://t.co/iCYBtPHYTD pic.twitter.com/DPqy1uG8S4
— kakti (@kakti64) January 21, 2021
Bukti itu ditunjuk di dalam ruangan komen berita mengenai kenyataan polis sebelum dikongsikan di Twitter dan meraih sehingga 7K retweets yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
Baca : “Tak ada SOP & penjarakan fizikal” – Penganjur Acara Edar Ayam Beku Percuma Di Putrajaya Dikompaun