Sejak kerajaan benarkan rakyat Malaysia untuk rentas daerah dan negeri, semua tempat-tempat pelancongan memang penuh dengan orang. Lagi-lagi cuti panjang ni. Yelah tepu jugak kalau asyik duduk dekat rumah kan?
Dah tentu antara tempat yang paling banyak dikunjungi adalah tempat-tempat sejuk seperti Cameron Highlands.
Tapi kalau korang baru pergi sana, korang kena tahu yang beberapa outlet dekat sana terpaksa ditutup untuk proses disinfeksi kerana dipercayai ada kes positif Covid-19 seperti yang dikongsikan dalam page We Are Malaysians di Facebook.
Bagaimanapun, KKM masih belum mengesahkan perkara ini secara rasmi.
Kluster Cameron Highlands? Pastikan korang buat ujian saringan kalau ada melawat tempat-tempat ni.”
Antara tempat yang termasuk dalam senarai adalah restoran dan beberapa lokasi tarikan pelancong. Korang boleh tengok senarai dia dekat bawah ni
- Vani’s Indian Cuisine
- Restoran Jin-jin Steamboat
- Klinik & Surgei Raj
- The Smokehouse Hotel & Restaurant
- Restoran Lee Hun Long
- Cameron Highlands Resort
- Luvlee Cafe
- Restoran Au Poh Wan
- Restoran Lai Fatt
- Bliss Cafe
- Sister Restaurant
- Premium Forest Cafe
- Green View Garden
- Ngow Kee Restaurant
- 18 Centre
- Watson Cameron Square
- Mr DIY Cameron Square
- YG Park
- D-5-9 Prima Blue Valley
Menurut senarai yang ditularkan, tarikh pendedahan virus Covid-19 ini adalah di antara 21 Disember hingga 31 Disember.
So, kalau korang ada melawat tempat-tempat ni, bolehlah buat swab test sebab bak kata omputih, “better safe than sorry”.
Baca: HATI-HATI! 14 Lokasi Di Langkawi Ini Telah Dilawati Individu Positif Covid-19 Dari Kluster Sungai