Seperti yang kita sedia maklum, nama Chef Ammar dah banyak kali viral di media sosial baru-baru ni iaitu tentang pelanggan yang mendakwa harga nasi arab yang dijualnya di bazar Ramadan berharga ‘Tel Aviv’ sehingga Chef Ammar sendiri menangis dan berkecil hati. Kesian chef!
Tak cukup dengan isu terbabit, chef yang berasal dari Palestin ini juga turut terpalit dengan isu membandingkan serta menempelak peniaga Melayu lain tentang sistem kerja dan tadbir urus di dapur.
Ada jugak isu tentang pelanggan tak puas hati sebab dah beratur lama untuk dapatkan nasi arabnya tapi nasi tersebut telah habis dijual. Jadi, Chef Ammar dah tetapkan yang setiap individu boleh beli maksimum 4 set sahaja agar dapat beri peluang pada pelanggan lain juga.
Kali ini, nama Chef Ammar sekali lagi viral di TikTok seorang lelaki @mohdarizan yang memuatnaik satu video menerangkan tentang ada pelanggan biadap yang marah staf Chef Ammar.
@mohdarizan Terbaik Cheff, kasi ajar sikit..
Menerusi video yang telah dimuatnaik dan mendapat 3.5 juta views ini, lelaki ini menerangkan yang ada customer marah staf Chef Ammar sebab beri keutamaan kepada wanita mengandung. Dapat dilihat juga yang Chef Ammar tengah jelaskan kepada polis tentang situasi yang berlaku.
Buat pengetahuan semua, pihak Chef Ammar memang dah sediakan lorong khas untuk golongan ibu hamil dan warga emas untuk memudahkan urusan jual beli. Siap ada 2 kaunter juruwang tau!
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyokong dan memuji Chef Ammar dengan menekankan yang bukan sahaja di bazar, tapi bila pergi mana-mana tempat awam mestilah kena utamakan ibu mengandung dan orang tua. Min pun setuju!
“Saya sokong Chef Ammar..bagus cara dia” – Komen netizen
“Kena kasi keutamaan pada perempuan mengandung” – Komen netizen
Ada jugak netizen menambah yang mereka simpati dengan Chef Ammar yang dah tempuh bermacam cabaran dan dugaan waktu bulan puasa ni.
Ni pengajaran untuk kita supaya jangan jadi ‘selfish’ dan sentiasa utamakan ibu mengandung!
Baca: “Bagi peluang dekat lain juga” – Lepas Ditegur Pelanggan, Chef Ammar Tetapkan Peraturan Baru