in

Curi Wang Zakat Bernilai RM22k, 4 Lelaki Indonesia Ditahan Polis

Cats 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tibanya bulan Ramadan, umat Islam akan membayar zakat fitrah kepada amil zakat. Buat yang tidak tahu, amil zakat ialah mereka yang ditugaskan untuk melaksanakan aktiviti berkaitan zakat, dari kutipan sehingga ke peringkat pengedaran.

Baru-baru ini, pihak polis berjaya menahan empat lelaki Indonesia yang didakwa mencuri wang zakat fitrah bernilai RM22,000 dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda milik seorang amil zakat di Kangar. Mereka akan direman sehingga 10 April untuk membantu siasatan.


Polis Tangkap 930X620 1

Suspek dipercayai berusia antara 39 hingga 48 tahun itu ditahan di sekitar Perlis semalam. Tangkapan dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa berusia 63 tahun pada hari yang sama.

Menurut sumber, kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Kangar Jaya 1 sekitar jam 11.25 pagi. Pada ketika itu, mangsa baru saja selesai membeli kipas angin dari sebuah kedai elektrik di lokasi berkenaan.

Apabila pulang ke kereta, mangsa yang memandu kereta Toyota Hilux terkejut melihat cermin pintu sebelah tempat duduk pemandu sudah dipecahkan seseorang. Mangsa mendapati wang tunai bernilai RM22,000 sudah dilarikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Untuk rekod, kejadian pecah kenderaan itu berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah kedai menjual perkakasan rumah dan elektrik di lokasi yang sama.

Kredit: Harian Metro

BACA: Pelajar Tingkatan 2 Ini Jadi Pembayar Zakat Perniagaan Termuda Majlis Agama Islam Kelantan

Capture 4

Sumber: Sumber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.