in

“Cuma nak tunjuk katil tu kukuh” – Team Israel Teruk Dikecam Lepas Video Viral ‘Robohkan’ Katil Kadbod Olimpik

Ft Atlet Israel Lompat Katil Kadbod Olimpik E1627700302831

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain perlu memakai pelitup muka, antara perbezaan ketara penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini adalah penyediaan katil untuk atlet yang diperbuat daripada kadbod kitar semula.

Difahamkan, katil tersebut diperbuat sebegitu bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini sesama atlet sehinggakan ada menggelarnya ‘katil anti seks’.


Katil1

Katil2

 

Video viral atlet Israel rosakkan katil 

Meskipun ianya diperbuat daripada kadbod namun ia kukuh dan mampu menampung berat sehingga 200 kilogram. Bagaimanapun, atlet daripada negara Israel baru-baru ini membuat keputusan untuk membuktikan bahawa katil itu benar-benar kukuh.

Melalui sebuah video viral di Tiktok, salah seorang atlet Israel bernama Ben Wanger bersama lapan lagi lelaki lain telah dirakam melompat-lompat di atas katil kadbod itu. Langkah ekstrem diambil oleh 9 lelaki tersebut telah menyebabkan katil kadbod itu rosak dan hampir hancur.

Hari ini kita mahu periksa berapa ramai orang diperlukan untuk mematahkan katil kadbod ini.”

 

Video tersebut viral di media sosial dan telah menimbulkan rasa marah dalam kalangan netizen terutamanya warga Jepun yang tidak berpuas hati dengan sikap atlet terbabit. Pelbagai kecaman diterima pasukan Israel itu dan difahamkan video berkenaan kemudian dipadam oleh Ben selepas diarahkan oleh Komiti Olimpik Israel.

 Ia tidak kelakar langsung. Sebagai seorang rakyat Jepun, ia membuatkan saya sedih.”

Saya tak faham kenapa ada orang yang sanggup menghancurkan barangan yang dimiliki orang lain.”

 

“Kami tiada niat nak kurang ajar”

Terbaru, selepas menerima kecaman hebat daripada ramai orang Wanger tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Melalui sebuah rakaman video, dia menjelaskan bahawa mereka tidak berniat untuk kurang ajar atau menunjukkan rasa tidak hormat.

Saya mahu minta maaf kepada semua yang terasa dengan video itu. Kami tiada niat untuk kurang ajar dan hanya mahu tunjukkan betapa efektif dan kukuh katil-katil di Perkampungan Olimpik.”

https://www.tiktok.com/@bwangah/video/6989984881635757318?is_from_webapp=v1&is_copy_url=1

Katanya lagi, katil yang digunakan untuk ‘eksperimen’ di dalam video itu merupakan unit extra yang diletakkan di dalam bilik mereka dan mereka dimaklumkan bahawa katil tersebut akan dikitar semula selepas sukan itu tamat.

Katil itu telah dikitar semula (selepas video itu dirakam) dan kami sebenarnya nikmati tidur di katil tersebut dan ia adalah pilihan yang hebat dan boleh tahan lama untuk Sukan Olimpik akan datang.”

Wanger kemudian memuji negara Jepun kerana menyediakan kemudahan dan layanan yang sangat baik kepada semua atlet sepanjang Sukan Olimpik berlangsung.

Baca: “Who is koyak now?” – Aktivis Ini Perlekeh Malaysia Lepas Israel Raih Pingat Pertama Olimpik 2020

Cover 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.