Anak Ina Naim iaitu Hadie yang menjadi peserta program realiti Talk To My Manager (TTMM) tampil memberi respon selepas ibunya dihujani kritikan netizen pada minggu lalu.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Hadie yang juga anak sulung memohon maaf di atas tindakan ibunya pada malam persembahan tersebut.
Mengulas tindakan ibunya yang dikatakan bersikap defensif apabila kerap membidas dan seolah-olah tidak mahu menerima komen juri, Hadie menjelaskan ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.
“Saya minta maaf, mungkin semua tu salah saya. Saya tak betul-betul jaga mak saya time tu, sepatutnya saya kena betul-betul ‘kunci’ mak saya tu.”
Artikel berkaitan: “Saya tak layak ada kat sini..” – Ina Naim Cetus Rasa Sebak Usai Persembahan Anak Sulung Di Program Realiti Astro
Artikel berkaitan: Kongsi Mengenai ‘Homeschool’, Netizen Puji Kematangan Anak Sulung Arwah Suhaimi Saad
Katanya, tindakan Ina hanyalah reaksi spontan untuk mempertahankan dirinya agar tidak terlalu terkesan dengan komen juri.
“Tindakan itu sebenarnya salah satu cara untuk dia elak menangis dan tenangkan diri dia,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Hadie menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan Ina sengaja mencuri perhatian dengan tindakan sebegitu.
“Dia bukan buat sebab nak ‘nama’ atau potong juri. Dia buat untuk saya. Tiada ibu yang sanggup biar orang ‘tabuh’ anaknya depan-depan.”
Justeru, Hadie memohon orang ramai berhenti mengecam kerana bimbang ia akan memberi impak negatif terhadap emosi ibunya.
“Cukup-cukuplah komen negatif. Saya tak nak dia baca. Ibu selalu baca komen. Saya takut dia lemah semangat. Kalau dia menangis, saya pun jadi tak tentu arah.
“Anak mana yang nak biarkan mak dia kena kecam? Mak kita seorang sahaja, dialah wanita sejati, yang paling dipercayai dan syurga kita,” ujarnya.
@only_inteam live Hadie pada malam tadi, memohon maaf dan menjelaskan segala tentang kejadian semasa di TTMM dan netizen yang tidak berpuas hati dengan ibunya iaitu Ina Naim #inanaim #hadiesuhaimi #TTMM #fyp #talktomymanager
Terdahulu, Ina Naim memohon maaf mengenai isu tersebut dan berlapang dada menerima teguran yang dilontarkan kepadanya.
Sumber: TikTok