Baru-baru ni, cucu Perdana Menteri Malaysia juga anak kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Melia Serena ada luahkan kekecewaan dia terhadap peserta himpunan anti-ICERD dekat instastory.
“Jijik. Silakan terasa, saya tak peduli. Sangat mengecewakan.”
“Musnah visi 2020 disebabkan kamu semua.”

Itulah yang diluahkan gadis berusia 17 tahun tu dekat instastory dia. Lepas tu, Serena ada jugak update jugak instastory yang lain, dipercayai dituju kepada mereka yang hantar DM dekat dia pasal post ICERD tu.

“Sejujurnya, sangat mengecewakan melihat orang yang sama bangsa dengan saya boleh jadi seseorang yang penuh dengan kebencian, suka membeza-bezakan dan jadi pembuli. Bila tak setuju dengan satu perkara, mereka terus stalk kamu dan cakap sesuatu yang sangat menyakitkan hanya kerana dia terasa atau terganggu.”

“Bodoh lah kalau kamu fikir saya menyesal bercakap macam tu hanya semata-mata sebab kamu komen perkara yang negatif. Saya rileks je ni.”

Ramai gila netizen yang bengang dan annoyed dengan dia lepas baca instastory tu, sampai isu tu jadi viral dekat Twitter. Antara komen netizen:
“Pak dengan tokwan dia pun pernah jugak join bersih. Makcik dia pun sama, hmmm.”
“Mentaliti orang kaya-kaya semua macam ni. Suruh orang Melayu kerja keras sedangkan bangsa Melayu bangsa termiskin di Malaysia. Orang Melayu sendiri berhempas pulas cari rezeki buat dua kerja, golongan elit senang hembus tuntut sama rata.”
“Betul. Tapi depa nampak “oh melayu malas” hahaha. Cilake betul orang jenis goyang kaki je ni.”
“Dia tak ingat ke dulu keturunan dia pun ada join demonstrasi jalanan.”
https://twitter.com/eneuawc/status/1071599671104036864
https://twitter.com/irenejuz/status/1071674125117079552
Dear Mukhriz, please teach your daughter what it means to be hateful, discriminating and being a bully. I’ll leave u with a quote from Human Rights Watch "Mahathir's human rights legacy is not one to be proud of”
— Naratif Rakyat ?? (@NaratifRakyat) December 9, 2018
Tapi sebenarnya ada je yang support cucu Dr Mahathir ni. Walaupun instastory tu dah tak ada dekat Instagram dia, tapi isu ni masih viral dan diperkatakan di Twitter sejak beberapa hari lepas.
Baca: “Kesian Mak Ayah Sibuk Dengan ICERD Sampai Tak Reti Jaga Anak”- Netizen