Ramai orang anggap kalau kulit dah cerah, tak ada jerawat dan tak rasa pedih maknanya kulit dorang sihat. Tapi sebenarnya, kulit yang nampak okay tak semestinya bebas daripada masalah dalaman macam bintik hitam tersembunyi.
Kalau korang nak tahu, bintik hitam berpunca daripada penghasilan melanin berlebihan yang terkumpul di bawah permukaan kulit. Manakala bintik hitam tersembunyi pula, tak boleh dilihat dengan mata kasar dan lambat laun ia akan mula naik ke permukaan kulit. Bila perkara ini berlaku, rawatan akan menjadi lebih sukar dan mengambil masa yang lebih lama untuk pudar.
Jadi, penting untuk korang ambil langkah pencegahan dari awal supaya kulit kekal sekata dan bersih secara menyeluruh.
Formulasi Thiamidol terbukti dapat kurangkan bintik hitam seawal satu minggu
Salah satu penyelesaian paling berkesan untuk menangani masalah bintik hitam nyata dan tersembunyi adalah dengan menggunakan produk yang diformulasikan dengan bahan aktif yang terbukti secara klinikal.
Salah satu bahan tersebut adalah Thiamidol iaitu bahan yang dipatenkan secara eksklusif oleh Eucerin.
Eucerin Spotless Brightening Booster Serum dengan Thiamidol – bahan anti bintik hitam paling berkesan yang dihasilkan oleh Eucerin! Serum inovatif ini mengurangkan bintik hitam tersembunyi SEBELUM ia muncul di permukaan kulit.
Serum ini juga turut melalui kajian klinikal dan terbukti mampu mengurangkan bintik hitam dalam masa seawal satu minggu. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan menjadi pilihan ramai orang yang mahukan penyelasaian kepada masalah tona kulit tak sekata dan bekas jerawat lambat pudar.
Macam mana nak tahu kulit kita ada bintik hitam tersembunyi?
Kalau korang rasa kulit makin kusam atau produk yang digunakan tidak memberikan hasil yang memuaskan, ini adalah masa untuk korang buat pemeriksaan kulit secara menyeluruh. Eucerin memberi peluang kepada orang ramai untuk kenali kulit dengan lebih dekat melalui satu acara istimewa yang akan berlangsung di Sunway Pyramid.
View this post on Instagram
Eucerin Spotless Brightening Serum Concourse Event akan berlangsung pada:
Tarikh: 23-29 Jun 2025
Lokasi: Blue Atrium, LG2, Sunway Pyramid Mall
Dekat sana, korang boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti:
- Pemeriksaan kulit secara PERCUMA untuk kenal pasti masalah sebenar kulit
- Sesi konsultasi bersama pakar kulit untuk cadangan rutin penjagaan yang sesuai
- Peluang mencuba sendiri Eucerin Spotless Brightening Booster Serum
- Pemberian sampel percuma
Ia bukan acara biasa, tapi merupakan peluang untuk korang belajar lebih banyak tentang kulit sendiri, cuba produk dan terus dapatkan nasihat dari pakar penjagaan kulit.
Boleh jumpa Siti Saleha & Kamal Adli!
Lagi best, korang juga berpeluang untuk bertemu mesra secara eksklusif dengan dua pelakon terkenal tanah air, Siti Saleha dan Kamal Adli.. Sesi ini hanya akan berlangsung pada 27 Jun (Jumaat), jam 3 petang di Blue Atrium, Sunway Pyramid. Dalam sesi ni, mereka akan kongsikan rutin penjagaan kulit harian, pengalaman menggunakan produk Eucerin serta tips macam mana nak kekalkan kulit yang sihat, sekata dan berseri.
Tak cukup dengan itu, kalau korang berbelanja dengan jumlah tertentu dan beli mana-mana Eucerin Serum ketika acara berlangsung, korang berpeluang untuk bergambar bersama Siti Saleha dan Kamal Adli tau!
Tapi jangan tunggu lama sangat sebab peluang ni terhad kepada 30 orang pertama sahaja.
Untuk maklumat penuh dan pengumuman terkini tentang aktiviti ini, korang boleh semak di laman rasmi media sosial Eucerin.
Mencegah lebih baik dari merawat. Kalau korang rasa kulit dah mula tunjuk tanda-tanda masalah atau nak pastikan kulit terus sihat, jom ambil peluang untuk membuat pemeriksaan dan cuba sendiri produk yang betul-betul berkesan!