in

“Cuba capai tangannya tapi tak sampai” – Murid Tahun 3 Dikhuatiri Lemas Di Pantai Kemayang

lemas pantai kemayang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kegembiraan sebuah keluarga yang berkelah sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Kemayang, Bachok, Kelantan, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu, mangsa, Muhamad Irfan Mohd Afendi, dilaporkan hilang di hadapan mata ayahnya, Mohd Afendi Ya, 44.


Mohd Afendi berkata, dia ke pantai berkenaan bersama isterinya, Kartini Mahmood, 44, dan dua anak bagi memenuhi permintaan Irfan yang mahu mandi pantai kerana akan berkhatan pada minggu hadapan.

“Kami sudah mahu balik dah masa panggil anak, kami lihat dia makin lama semakin jauh dipukul ombak, saya lihat dia terkapai-kapai melambai tangan.

“Saya cuba capai tangan anak tapi tak sampai dan anak hilang depan mata,” katanya.

Pantai Kemayang

Artikel berkaitan: Tiada Pilihan Lain, Anak Terpaksa Simpan May*t Ibu Dalam Peti Sejuk Akibat Banjir

Artikel berkaitan: Murid 11 Tahun Maut Dalam Program Akuatik Anjuran Sekolah

Sementara itu, Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, PBKI Mohd Khairul Fais Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.14 malam.

Menurutnya, seramai 30 anggota bomba Bachok termasuk tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPA) Pengkalan Chepa serta bomba sukarela digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa, melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu kenderaan pacuan empat roda.

Setakat malam tadi, tiada petunjuk baharu ditemui. Pasukan penyelamat sedang melakukan pencarian di kawasan pesisir pantai membabitkan radius keluasan hingga lima kilometer.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.