in

Cristiano Ronaldo Kantoi Langgar Sekatan Perjalanan di Negaranya Demi Nak Sambut Birthday Dengan Girlfriend

Gf Ronaldo Cuti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan dekat negara kita je masalah melanggar sekatan perjalanan daerah, negeri atau negara ini menjadi isu, rupa-rupanya dekat negara luar pun sama tau. Malah isu ini akan menjadi lebih serius jika ia dilakukan oleh seseorang yang ternama.

Menurut Berita Harian, bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo katanya telah melanggar sekatan perjalanan COVID 19 dengan berkunjung ke sebuah resort pergunungan dekat Courmayeur, Itali.


https://www.instagram.com/p/CKi708wg3xg/

Ronaldo yang juga penyerang bagi pasukan Juventus didakwa membuat perjalanan ke Courmayeur iaitu kira-kira 150km di barat laut Turin untuk menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya, Georgina Rodriguez. Alahai… 

Laporan akhbar Itali mengatakan, mereka tinggal di sebuah hotel yang secara rasmi telah ditutup dan Ronaldo serta Georgina juga dilihat merakam aksi manis menaiki ‘snowmobile’ iaitu kenderaan salji saat undang-undang COVID 19 di Itali masih melarang mana-mana individu membuat perjalanan dari satu bandar ke bandar yang lain.

Bola

Rakaman video Ronaldo dan kekasihnya itu sempat dimuat naik oleh Georgina sendiri di Instagram dan dia kemudian memadamnya selepas media di Itali mula mengeluarkan berita mengenai hal tersebut.

Mengikut peraturan COVID 19 di Itali, pasangan tersebut sepatutnya tidak boleh meninggalkan bandar Turin dan mereka juga berisiko didenda 400 euro bersamaan RM1,963 seorang.

Aiseyman, buat malu fans je lah Ronaldo langgar sekatan perjalanan ni. 

Baca: Bintang Bola Sepak Dunia, Cristiano Ronaldo Pula Positif Covid-19 Lepas Lawan Perancis

Ronal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.