in

COVID-19: Pembunuhan Golongan Albino Meningkat Gara-Gara Ramai Percaya Ilmu Hitam Untuk Cepat Kaya

Albino Covid 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pembunuhan golongan albino dilaporkan menunjukkan peningkatan semasa penularan pandemik COVID-19 gara-gara semakin ramai individu yang jatuh miskin.


Ikponwosa Ero Un E1627697619346

Memetik laporan United Nations, Ikponwosa Ero, seorang pakar bebas berkaitan hak albinism Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, peningkatan tersebut berlaku kerana ramai yang beralih kearah ilmu hitam untuk mendapatkan kekayaan segera dan nasib yang baik.

“Mereka percaya dengan menggunakan anggota badan golongan albino sebagai ramuan membuat posyen, ia mampu memberikan nasib yang baik dan kekayaan segera kepada mana-mana individu,” katanya. 

00171561 E8A3F6C52B1Fbae43Efd1C403Dfe44A8 Arc614X376 W614 Us1 E1627697704103

Jelas Ero, lebih menyedihkan kepercayaan salah ini telah mengakibatkan ramai golongan albino terutama sekali kanak-kanak yang dibunuh atau diserang. Keluarga mangsa yang terlibat pula dilaporkan akan mengalami trauma teruk.

Untuk pengetahuan, albinism adalah kondisi tidak berjangkit yang jarang berlaku menyebabkan kekurangan melanin. Albinism diwarisi secara genetik dan berlaku di seluruh dunia tanpa mengira kaum atau jantina.

Menurut laporan United Nation, diskriminasi terhadap golongan ini sering dilaporkan di Afrika, lapor sumber.

19314122 303 E1627697750285

Penampilan fizikal individu yang menghidap albinism sering dikaitkan dengan kepercayaan karut dan mitos yang mendorong kepada pengasingan secara sosial.

Ramai yang percaya bahawa golongan albino adalah hantu atau makhluk ajaib yang bahagian badan mereka boleh digunakan untuk ritual sihir.

Menurut Ero lagi, meskipun beliau sudah enam tahun memerangi serangan berkaitan sihir terhadap golongan albino, masih banyak yang perlu dilakukan meskipun terdapat peningkatan dalam kesedaran masyarakat di seluruh dunia.

Sumber: United Nations

Baca: “Tak ada orang kisah pasal dorang ke?” – Rakyat Yaman Hidup Tanpa Air Bersih, Makanan & 10.3 Juta Kanak-kanak Mati Sebab Kebuluran

Collage 27 E1627697561843

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.