in

COVID-19 : [TERKINI] Malaysia Tertinggi Di Asia Tenggara Dengan 428 Kes, 9 Di ICU!

Feat 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia menyaksikan peningkatan mendadak jumlah positif Covid-19 dengan 190 kes terbaharu dicatatkan sehingga 12 tengahari semalam.

Dengan mencatatkan jumlah 428 kes positif Covid-19 secara keseluruhan, menjadikan Malaysia sebagai negara yang mencatatkan kes tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan Coronavirus, lapor Harian Metro.


Sehingga kini sebanyak sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.”- Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba

Ujar beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan penyiasatan dan giat mengesan peserta perhimpunan tabligh baru-baru ini.

88985321 2813856195370442 2704822093505101824 O

“Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.

“Begitu juga untuk kontak rapat kes positif Covid-19, Pesakit Dalam Siasatan (PUI) yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke hospital, mereka perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian,”

Dalam perkembangan terbaharu dilaporkan seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling yang berjaya dikenalpasti.

Daripada jumlah itu seramai 3,069 peserta datang ke klinik kesihatan bagi pemeriksaan dengan 137 orang daripadanya dirujuk ke hospital.

 

Baca : Covid-19: Satelit Dakwa Berjaya Rakam Imej Kubur Besar-Besaran Di Iran?

Untitled Collage 62 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.