in

“Confident tahap dewa” – Wanita Kena Troll Sebab Dakwa Produk Rempah Ada Babi Padahal…

Ft Wanita Kena Troll Dakwa Ada Babi 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat nak bagi awareness kepada orang ramai tapi individu ini tak pasal-pasal kena troll pula dengan netizen lepas tular satu video di media sosial.

 

Dakwa produk rempah ada babi, padahal…


Dalam video yang berdurasi 1 minit 21 saat memperlihatkan pemilik video berada di sebuah pasaraya, dia mendakwa terperasan sesuatu yang aneh ketika ingin membeli rempah, dia mendakwa bahawa rempah tersebut mengandungi babi.

Jadi, dia meminta orang ramai agar berhati-hati jika ingin membeli rempah jenama yang dia tunjukkan ini. Bagaimanapun, video tersebut tular di Twitter dan menjadi bahan lawak netizen.

Jika diperhatikan, apa yang ditulis adalah can be used on (digunakan untuk) yang membawa maksud rempah ini boleh dibuat untuk perapan daging seperti ayam, lembu, kambing, ikan, makanan laut dan termasuklah daging babi, bukannya produk itu mengandungi babi.

Oleh sebab itu, ramai netizen terhibur apabila melihat video tersebut dan ada juga yang menegur bahawa betapa pentingnya pembelajaran bahasa Inggeris.

Screenshot 2023 01 17 174330 Screenshot 2023 01 17 174346 Screenshot 2023 01 17 174418 Screenshot 2023 01 17 174452

Hurm, alamak dik, alahaii min yang tengok ni pun jadi malu.

Baca : Disangkakan Titisan Air Kopi, Rupanya Jiran Jemur Daging Babi Di Ampaian

Jemur Daging Babi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.