in

“Condition : Fazura sebelom kawen” – Netizen Meluat Tengok Cara Orang Letgo Barang Dengan ‘Objectifying’ Wanita

fazura2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa awal-awal tu boleh lah dikatakan lawak, tapi kalau dah melampau sangat ia dah boleh dijadikan biadap kerana ia seolah-oleh merendah-rendahkan harga diri dan menjatuhkan martabat seseorang wanita tu.

Mesti korang kerap tengok iklan orang jual barang terutamanya yang dah terpakai akan menggunakan perumpamaan nilai seseorang wanita sebagai contoh utama untuk meyakinkan pembeli pasal kualiti barang tu.


Biasanya artis selalu kena, misalnya macam ni…

 

Condition :Fazura sebelom kawen (10/10)

Ada individu nak let go barangnya, umumnya tahu barang tersebut memang tengah hangat dipasaran dan memang menjadi idaman setiap orang, terutamanya sekali anak muda.

Sudah semestinya keadaan dan kualiti barang itu memang bagus kerana ianya masih baru lagi, tapi cara pengiklanan itu membuatkan orang ramai kurang senang. Tengok ni

iphone

Jadikan kaum wanita sebagai objek untuk mengenal pasti barang berkualiti. Biasanya korang mesti familiar orang cakap macam ni apabila mereka nak jual barang terpakai, selalunya orang akan samakan objek tersebut dengan Nora Danish sebelum ini.

Barang masih elok, tapi dah digunakan, jadi sebab mereka samakan kerana sebelum ini Nora Danish pernah berkahwin. Jadi korang mesti faham maksudnya kan?

Samalah macam diatas ni, ‘mengobjekkan’ wanita dengan barang-barang untuk digunakan. Perkongsian ini bagai manapun telah dipadam. Namun ia sempat menangkap perhatian netizen.

 

Boleh tak berhenti objectifying wanita?

wanita
Sumber : Twitter

Rasa kurang senang yang ‘disuarakan’ oleh warganet yang lebih dikenali sebagai Sara ini telah meraih lebih daripada 12,000 jumlah retweets.

Majoriti menyokong cara peniaga ini meyakinkan pembeli agak keterlaluan dan boleh dikatakan biadap.

wanita2 wanita3 wanita4

Bagaimanapun, ada sahaja yang membela penjual dan menggesa wanita ini untuk relax dengan gurauan yang diberikan. Tapi macam dia kata kalau digunakan nama keluarga atau orang terdekat kita tak suka kan?

 

Baca : “Melenting bagai nak gila tak selesaikan masalah” – Netizen Bandingkan Profesionalism Fazura Dengan Sharnaaz Bila Silap Eja Nama

fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.