in

“Comentator 11/10!” – [VIDEO] Netizen Berdekah Dengar Explanation Padu Brader Ni Pasal Kemalangan

comentator dipuji komen kes kemalangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti kebiasaannya, kalau korang tengok video kemalangan yang dirakam orang awam atau dashcam, kualiti video tersebut kadang-kadang agak buruk hingga sukar kita nak faham apa yang sebenarnya berlaku.

Namun baru-baru ini, tular satu video dari Twitter @My_CrimeWatch yang memaparkan kemalangan berlaku antara sebuah kereta dan motosikal.


Menerusi video itu, korang boleh nampak dengan jelas sikap penunggang motosikal yang telah melawan arus dan melanggar sisi kereta milik seorang pemandu Grab.

https://twitter.com/my_crimewatch/status/1501557226364076034?s=21

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah bukan saja video tersebut mempunyai imej yang jelas, namun suara dan penjelasan dari comentator yang juga pemilik video berkenaan yang menjelaskan hal tersebut mencuit hati ramai.

Elok ko bermisai tu ha, hilang misai ko tu ha. Ni kalau aku, terobang misai-misai ko tu.” 

Dengan menggunakan loghat Negeri Sembilan, lelaki itu menjelaskan tindakan penunggang motosikal itu salah kerana melawan arus di jalan sehala dan melanggar sisi kereta pemandu tersebut.

abang brader

Walaupun sudah jelas-jelas melakukan kesalahan, penunggang tadi hanya diam tidak meminta maaf sehinggalah ‘comentator’ ini turun dari kereta dan memberitahu pemandu Grab tersebut.

Mangsa dan penunggang motosikal kemudian dilihat bertelingkah berkaitan hal tersebut namun tidak diketahui apa kesudahan kes itu.

 

“Brader ni boleh jadi narrator la. Terhibur dengan gaya cakap dia” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang terhibur dengan gaya penjelasan brader berkenaan, malah ada yang cakap loghat nogori itulah yang membuatkan komennya lagi menarik.

loghat nogori

Hebat brader ni! Apa-apapun harapnya pemandu e-hailing tu dapatlah ganti rugi kereta dia yang kemek tu. 

Baca: Waspada Zon ‘Blind Spot’! Anak-Anak Perlu Tahu Zon Bahaya Turun Bas & Van Untuk Elak Kemalangan

blind

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.