Kumpulan muzik United Kingdom (UK), Coldplay bersama pertubuhan amal dari Belanda yang memperjuangkan kelestarian alam sekitar, The Ocean Cleanup.
Coldplay sejak 4 tahun lalu telah menaja beberapa buah kapal pembersihan sungai ‘Neon Moon 1’ di serata dunia termasuklah di Sungai Klang, Malaysia.
Artikel berkaitan: Konsert Coldplay Di Greece Kena ‘Pause’, Gara-gara Lelaki Pakai Bendera Israel Jatuh Tepi Pentas
Artikel berkaitan: “Bagi chance yang tak dapat” – Coldplay Bakal Kembali Ke Malaysia?
Terbaru, dalam satu rancangan bual bicara, Coldplay mendedahkan piring hitam (vinyl) album baru Moon Music yang baru sahaja dilancarkan itu diperbuat daripada hasil sampah yang dikutip di sungai Malaysia dan Indonesia.
View this post on Instagram
Menurut vokalis Coldplay, Chris Martin difahamkan sebuah vinyl diperbuat daripada 9 botol plastik dari kapal pembersihan itu.
“Vinyl ini diperbuat daripada plastik yang dikumpul dari sungai di Malaysia dan Indonesia, oleh satu mesin yang dipanggil bot pembersihan sungai (river clean-up boat) yang kami labur bersama.
Jadi semua ini diperbuat daripada 9 botol plastik,” katanya.
Sebagai info, New Moon 1 ini difahamkan mampu membuang 100 tan sampah dari Sungai Klang setiap hari.
Sumber: Instgram, Selangor Maritime Gateway