Mas kahwin atau mahar, menurut istilah Syara’ ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mengikut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mas kahwin apabila akad nikahnya sah. Pemberian mas kahwin akan menjadi hak sepenuhnya isteri. Suami mahupun keluarga tidak boleh mengambil sedikit pun bahagian daripada mas kahwin tersebut melainkan sekiranya dibenarkan isteri.
Artikel berkaitan: “Mas kahwin satu set alat sekolah” – [VIDEO] Tetamu Terhibur Lihat Bapa Pengantin Perempuan Tersasul Ketika Akad Nikah Anak
Artikel berkaitan: Mufti Pahang Jelaskan Tiket Coldplay Sebagai Mas Kahwin Tidak Sah Sebab...
Terbaru, seorang influencer TikTok, Elcah menarik perhatian netizen apabila dia diberikan mas kahwin berupa sebuah kereta mewah Mercedes CLA 45S.
@emcee.amerdeen Memang rare Tuan Afi! Tahniah Elcah! ? Terima kasih percayakan saya untuk acarakan majlis korang. Nak Merc gak satu boleh? ? #EmceeAmerDeen #QualityIsMySignature #emceemalaysia #emceeofmalaysia #momenkahwin
♬ original sound – Emcee Amer Deen | Momen Kahwin – Emcee Amer Deen | Momen Kahwin
Difahamkan, Elcah atau Elcah Hasha selamat bernikah pada malam Ahad lalu dengan pilihan hatinya Hafizuddin atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri.
Dalam video tersebut, Elcah menerima sebuah kereta Mercedes CLA 45S yang dianggarkan berharga RM527,888.
“Nohhh cash pulak tu!”
Mas kahwin yang serba rare dan mewah itu sudah pastinya membuatkan ramai netizen yang terkedu, lebih membuatkan ramai terkejut ialah apabila suaminya menyebut ‘tunai’ ketika akad nikah bermakna kereta mewah itu dibeli secara cash. Peh!
Sebagai info, ini merupakan perkahwinan kali ketiga Elcah dan sebelum ini dia pernah viral kerana bercerai selepas 8 hari berkahwin.
Sumber: TikTok