Pada ketika ini, program vaksinasi yang dijalankan di Malaysia sememangnya berada di landasan yang tepat dalam usaha menentang penularan wabak Covid-19 ini. Setakat semalam, sebanyak lebih dari 18 juta rakyat menerima suntikan dos pertama, manakala 13 juta rakyat Malaysia pula telah melengkapkan dua dos vaksin.
Selain itu, kita juga mesti perasan bahawa sebenarnya banyak kisah terjadi di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) yang ada. Namun kisah yang menjadi bualan ramai baru-baru ini nyata membuatkan warganet jadi kurang senang.
Petugas cakap kasar
Terbaru ada lagi satu kisah terjadi di sebuah PPV yang melibatkan seorang lelaki warga asing sewaktu hendak menerima suntikan vaksin.
Menerusi perkongsian oleh @user3292892820, dia memuat naik satu video menunjukkan dia nak terima suntikan vaksin. Dalam video tersebut, lelaki berkenaan sama seperti kita yang berhasrat untuk merakam momen bermakna tersebut.
Walau bagaimanapun ketika dia baru memulakan rakaman, terdengar petugas di sana menegur dia untuk angkat lengan baju dengan nada yang agak kurang enak didengari.
Bukan itu saja, tindakan petugas itu juga yang seakan menyindir tindakan lelaki tersebut untuk membuat rakaman seakan jadi punca proses vaksinasi itu tak berjalan lancar.
“Lengan baju angkatlah… Pegang angkat naik aduh…
“Sibuk nak buat video semua tak ready.” kata petugas wanita tersebut.
@sanjeev19877
“Biar dia lah nak record ke apa”
Menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, ternyata tindakan petugas tersebut mengundang rasa geram dan tak puas hati para netizen. Ada yang menyifatkan, bahawa ini adalah hak dia yang tak perlu kita persoalkan.
Disamping itu juga, ramai juga berasa sedih apabila lelaki tersebut dilayan sebegitu rupa hanya sebab dia merupakan warga asing.
Kesian tengok dia kena tegur macam tu. Tapi kita semua bawa bersabar dan jangan terus mengecam tindakan petugas tersebut okay. Peace.