Setelah memenangi Super Spontan Superstar 2017 pada Jumaat lalu, ramai yang mengatakan bahawa Kamal Adli kini boleh dilabel sebagai pelawak. Dulu pelakon, sekarang pelawak pula. Serba boleh Kamal Adli ni.
Namun begitu, bukan kejayaan Kamal Adli sahaja yang menjadi topik hangat dalam kalangan netizen pada malam itu. Kelibat Emma Maembong yang kononnya telah memutuskan hubungan percintaannya dengan pelakon Abang Long Fadil tersebut turut mendapat perhatian ramai.
Emma katanya cuma hadir kerana sudah berjanji mahu memberikan sokongan kepada Kamal sekiranya dia berjaya ke peringkat akhir pertandingan itu. Menepati janji orangnya Emma ni…
Walaupun hanya datang kerana sudah berjanji, Emma kelihatan sangat excited setelah Kamal diumumkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017. Malah, Emma tanpa segan silu dilihat bersalaman dengan Kamal Adli selepas pelakon itu diumumkan sebagai pemenang.
Satu rakaman video menunjukkan tindakan Emma bersalaman dengan Kamal sememangnya mengundang tohmahan netizen. Bukan sekadar bersalaman, malah turut mencium tangan seperti dilakukan isteri kepada suami. Kahwin jela dorang ni kan…
Sudah semestinya, perkara sebegitu pantas mendapat perhatian dan kritikan dari netizen. Rata-rata mengutuk perlakuan Emma yang merupakan wanita bertudung kerana memberikan contoh tidak baik serta memburukkan imej wanita bertudung yang lain.
Meskipun begitu, ada juga netizen yang berfikiran positif dan bersangka baik dengan insiden yang menjadi topik bualan hangat netizen sejak Jumaat lalu.
Tonton video di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=hfQMqX27xws
Baca: “Saya sudah jatuh cinta dengan Vida” – Pembantu Peribadi Berusia 23 Tahun Sedia Kahwini Dato’ Vida