Saat kanak-kanak seawal 12 tahun sedang asyik bermain dan sibuk dengan gadget bersama rakan, adik Iman ini sudah menggalas satu tanggungjawab besar dengan menyemai satu ladang pahala buat dirinya menjaga emak yang diserang angin ahmar.
Perkara ini mula diketahui saat cikgunya melakukan siasatan selepas mula syak sesuatu terjadi kepada pelajar ini yang kerap ponteng sekolah. Kisah menyayat hati adik Iman ini dikongsi menerusi Facebook oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh.
Setelah mengetahui apa yang berlaku, kunjungan kemudian dibuat oleh pihak sekolah yang mana mereka menghulurkan sumbangan dan adik Iman telahpun kembali rajin ke sekolah.
Kami terus buat kunjung ziarah. Hantar pampers, hantar makanan dan bagi bantuan. Pak Tam hadiahkan Iman itu sebuah basikal.”
Mengenai kehidupan adik Iman, dia merupakan anak dari keluarga yang hidupnya susah, manakala kakak sulungnya yang berumur 17 tahun pula telah berhenti sekolah sejak sejak dari tingkatan satu kerana mahu menanggung ibunya.
“Kakaknya usia 17 tahun berhenti sekolah sejak F1 kerana hidup susah. Abang dan kakak inilah yang kerja di M3 Mall untuk menyara emak dan adiknya.”
Meskipun mereka terima bantuan daripada Baitulmal sebanyak RM 500, wang berkenaan tidak cukup berikutan terpaksa menanggung kos tanggungan penyakit strok dan kos sara hidup. Oleh itu, mereka mohon agar bantuan dapat dinaikkan.
“Mujur Baitulmal MAIWP ada beri bantuan bulanan RM500 sebulan. Ringan la sikit beban mereka. Namun RM500 sebulan nak jaga orang strok, nak beli barang dapur, memang sangat-sangat tak cukup. Harap sangat ada pihak MAIWP ziarah keluarga ini dan nilai semula zakat bulanan itu. Kalau dapat naikkan sedikit lagi, syukur.”
Dalam pada itu, Mohd Fadli Salleh juga berpesan kepada anak bongsu daripada tiga beradik ini untuk habiskan pelajaran sehingga tamat SPM kerana segala keperluan untuk pembelajaran dan yuran akan sedaya upaya ditanggung oleh pihak NGO.
Semoga anak ini terus kuat semangat dan berjaya mengubah nasib keluarga. Amin,” katanya lagi.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, korang boleh sahaja rujuk di posting cikgu di bawah ini untuk info lebih lanjut.
Sama-sama kita hulurkan wang walaupun sekecil RM1 demi membantu kehidupan anak ini dan ibunya menjadi lebih baik di masa hadapan.
Baca : Tak Tahan Dengan Ragam Ibu Sakit Strok, Warga Emas Maut Didera Anak & Menantu