in

Cikgu Luah Kecewa, Murid Tak Siapkan Kerja Sekolah Sebab Tahu Takkan Kena Marah

Cikgu 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap tentang baiknya seorang cikgu, mereka ni dah banyak berkorban untuk mengajar kita supaya menjadi orang yang berguna. Insan yang bernama guru ini juga tidak pernah berkira waktu dan penat lelah untuk mendidik walaupun di luar bilik darjah.

Cikgu luah rasa kecewa

Satu hantaran oleh @yattahmad.official di TikTok, dia kesal dengan anak murid yang tidak menghormatinya sebagai seorang guru. Cikgu Yatt meluahkan rasa kecewa dengan perangai segelintir murid yang berani untuk tidak menyiapkan kerja sekolah kerana tahu mereka tidak akan dimarahi.


Artikel berkaitan: “Mana adab?” – Guru Kecewa, Pelajar Jawab ‘Sebab Boleh’ Dalam Soalan Peperiksaan

Artikel berkaitan: “Takde ilmu, duit banyak pun habis” – Netizen Kagum Dengar Jawapan Wanita Ni Bila Tanya Soal Kerjaya

Terima kasih sebab masih hormat saya, masih rasa takut, segan dengan saya sebagai seorang guru. Saya tahu kenapa kamu tak siapkan kerja.. sebab cikgu takkan denda, pukul, marah teruk-teruk macam tu.

Cikgu sekadar akan tegur. Itulah jawapan kenapa awak sekarang dah tak pernah siapkan kerja yang saya bagi walaupun kerja tu awak patut siapkan di sekolah dan siapkan di rumah.

@yattahmad.official

Cikgu sedih dengan keadaan ni. Apa akan jadi pada generasi akan datang?😢

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Murid tahu takkan kena marah dengan cikgu

Padanya, anak murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi seperti tidak menghormatinya dan hilang rasa segan. Disebabkan undang-undang sekarang yang menghalang para guru untuk ‘menyentuh’ pelajar, ia menjadi punca mereka ini ‘naik kepala’.

Saya dulu kalau tak siap kerja walaupun dah tertidur, saya sanggup bangun awal pagi untuk siapkan sebab saya takut kena marah, kena pukul tapak tangan, rotan dekat bertis tu biasa… zaman sekarang bila cikgu buat macam tu, habis cikgu..

Tengok apa yang berlaku pada kamu, kamu hilang rasa hormat pada cikgu. Kamu tahu ada kerja tapi tak siapkan sebab tahu cikgu tak boleh buat apa.

Bagaimanapun, Cikgu Yatt berterima kasih kepada sesetengah anak muridnya yang masih tunjuk rasa hormat untuk menyiapkan kerja sekolah.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen boleh relate dengan apa yang berlaku sekarang dan menceritakan pengalaman mereka dahulu.

Cikgu 1

Dulu min kena cubit perut sebab tak siapkan kerja math!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.