in

Cikgu Hias Kelas Bertemakan Marvel, Ramai Auto Nak Jadi Murid!

Cikgu Kelas Hias Kelas Cara Kreatif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Alam persekolahan sememangnya meninggalkan banyak kenangan sama ada manis mahupun pahit. Walaupun senarionya mungkin berbeza kalau nak dibandingkan dengan zaman kita belajar dahulu, tapi boleh dikatakan ianya tidak jauh beza terutamanya dari segi peranan guru.


Apa yang pasti, setiap kali memasuki tahun baru, pastinya guru-gurulah yang paling sibuk dengan pelbagai urusan berkaitan persekolahan seperti kertas kerja, buku rekod pelajar, dapatkan maklumat diri pelajar dan ibu bapa serta tugas-tugasan lain.

Sebagai pelajar pula, pastinya mereka inginkan suasana atau kelas yang selesa dan secara tidak langsung, suasana pembelajaran yang kondusif ini akan meningkatkan motivasi mereka untuk belajar dan terus hadir ke sekolah.

Screenshot 11 1

Sebut pasal keselesaan pelajar, baru-baru ini , seorang guru telah berkongsikan cara yang kreatif bagi meningkatkan motivasi pelajar-pelajarnya.

Menurut perkongsian video di TikTok yang sudah melebihi setengah juta tontonan berkenaan, guru yang dikenali sebagai Mr. Hanif ini telah menghias kelasnya dengan cara yang sangat kreatif dan menyentuh hati netizen.

Screenshot 13 Horz

Jika dilihat dari awal perkongsian, keadaan sebelum kelas miliknya tersebut kelihatan tidak ceria, banyak contengan pada dinding dan semestinya dalam keadaan yang kurang baik menurutnya.

Jadi, untuk memotivasikan muridnya, Hanif telah berpakat dengan guru kelas yang sama untuk makeover kelas berkenaan dengan tema yang dipilihnya iaitu Marvel.

Boleh dikatakan segenap pelusuk kelas dihiaskan dengan sesuatu yang bertemakan francais superhero kegemaran tersebut. Bermula dari pintu masuk yang dilengkapi dengan ucapan selamat datang dan juga peraturan di kelas tersebut.

Selain itu, murid-muridnya juga diletakkan secara berkumpulan dan setiap kumpulan akan diwakili oleh seorang adiwira seperti The Hulk, Black Panther, Spiderman, Iron Man, Thor dan juga Captain Marvel.

Disamping itu, ada juga papan kenyataan yang memaparkan kedatangan murid dengan cara yang sangat kreatif iaitu status murid yang dianggap superhero tersebut sama ada ‘sedia berkhidmat’ atau ‘absent‘.

Apa yang menjadi bual bicara ramai di ruangan komen adalah kewujudan ‘Superhero Mailbox’ yang mana merupakan medium untuk para muridnya mengekpresikan perasaan mereka dan juga  sebuah papan tanda yang memaparkan perasaan murid-murid tersebut.

Memang terbaik cikgu! 

Sumber : TikTok | Hanif Azahar

Baca : Wanita Cari Guru Cina, Pernah Bantu Bayarkan Yuran Universiti 36 Tahun Lepas

Cari Cikgu

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.