Sering menjadi sebutan ramai dek kerana kritikan dan tegurannya terhadap sistem pendidikan negara, Mohd Fadli Mohamed Salleh atau Cikgu Fadli semalam difahamkan telah bersara awal.
Pengumuman bersara itu telah dibuat di laman Facebook miliknya yang memaparkan gambar sambut majlis persaraan itu di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak.
Menerusi posting itu, Cikgu Fadli memohon maaf atas segalanya dan meminta izin untuk mengundur diri selepas 18 tahun berkhidmat sebagai guru sejak tahun 2006.
Banyak sebenarnya ingin ditulis, tapi aku tak tahu di mana perlu bermula. Ah, biarlah aku pendam sahaja segalanya.
“Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih atas memori indah sepanjang kita bersama. Kalian sentiasa ada dalam setiap sujud dan doa. Izinkan daku mengundur diri,” tulisnya.
Artikel berkaitan: “Cikgu Fadli bernasib baik, menjelang PRU isu ni meletup” – Dr Maszlee
Artikel berkaitan: Bertaraf Sulit, KPM Tak Dapat Kongsi Keputusan Mesyuarat Lembaga Tatatertib Terhadap Cikgu Fadli
“Saya memilih bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM”
Pengumuman Cikgu Fadli mengenai keputusan untuk bersara awal itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen dan ada yang mendakwa kerana kritikan yang diberikannya terhadap KPM.
Namun Cikgu Fadli menerusi satu posting lain menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat bukanlah kerana dia kecewa dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Malah ia dibuat kerana dia terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan.
Saya tidak mahu menjadi tetamu yang biadap terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri.
“Saya akan terus berada dalam bidang pendidikan, cuma berbeza haluan. Suara saya akan sentiasa ada.
“Terima kasih buat seluruh warga KPM selama ini. Maafkan diri ini atas apa jua salah silap selama masa ini,” katanya.
Perkongsian daripada Cikgu Fadli ini telah mendapat pelbagai komen positif netizen yang mendoakan semoga dia baik-baik sahaja dalam bidang yang diceburi.
Selamat maju jaya Cikgu Fadli walau di mana cikgu berada. Terus sukses!
Sumber: Facebook (1) (2), Harian Metro