in

“Cikgu Fadli bernasib baik, menjelang PRU isu ni meletup” – Dr Maszlee

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan telah pun memutuskan bahawa guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh tidak bersalah dan dibebaskan atas tiga pertuduhan ke atasnya.

Isu ini turut mendapat perhatian bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di mana beliau mendakwa Cikgu Fadli didapati tidak bersalah ekoran Pilihan Raya Umum ke-15 semakin hampir, lapor FMT.


Cikgu Fadli bernasib baik, dia digugurkan kerana menjelang PRU isu ini meletup.

“Beliau mempunyai ramai pengikut dan beliau bersuara pada umum. Itu dari mulut Cikgu Fadli sendiri.”

Tambah Maszlee lagi, ketika dia memegang jawatan menteri pendidikan di bawah kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, ramai guru turut dikenakan tindakan yang sama kerana bersuara lantang ketika pemerintahan Barisan Nasional.

Perkara ini bukan baharu. Cikgu Fadli sendiri katakan sebelum zaman saya (jadi menteri pendidikan) banyak yang terima nasib seperti beliau, namun tiada siapa nak bela dan berani bercakap dan mereka dibungkam tak boleh bersuara.”

https://www.facebook.com/xbgsx666/posts/pfbid02srMv3ZP1cRqjTVasMxLvSvfEXpxv1Y7HpfSoJt19GgxmX3nqjp5utBodzJ75h2pNl

Sekadar info, sebelum ini Fadli mendakwa dia bakal dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat ekoran menyuarakan pandangan mengenai silibus matematik serta beberapa isu lain termasuk kelas terlalu ramai, subjek pembelajaran yang banyak dan isu beg berat.

Kalau didapati bersalah, rakyat akan bangkit. Saya yakin tindakan ini kerana ada dendam orang tertentu terhadap saya. Ini kezaliman yang nyata dan kesalahan saya tak setimpal dengan denda yang hendak dikenakan.

“Saya dizalimi, sebab itu sokongan orang ramai nampak, orang tak kenal saya sebelum ini pun bila dia baca pertuduhan saya kerana menulis berkenaan silibus dan sebagainya, patutkah orang ini dibuang? Tak patut, sebab itu sokongan jadi melampau.”

 

Baca: Bertaraf Sulit, KPM Tak Dapat Kongsi Keputusan Mesyuarat Lembaga Tatatertib Terhadap Cikgu Fadli

Screenshot 2022 10 19 At 11.22.18 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.