Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kisah seorang cikgu yang bertugas di Sarawak yang berhadapan dengan ujian apabila isterinya mengalami masalah kesihatan iaitu sakit kanser tulang rawan tahap empat.
Disebabkan hel demikian, guru tersebut memohon untuk ditukarkan ke sekolah di Semenanjung untuk berada dekat dengan isterinya yang sakit.
Namun, permohonan guru tersebut tidak diluluskan dan sepanjang tempoh tersebut, dia telah berulang alik dari Sarawak ke Kelantan untuk bertemu isterinya yang sakit setiap dua minggu.
Setelah kisah cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Din itu tular di media sosial, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kemudiannya telah bertindak segera dengan memberikan cuti kepada Cikgu Din untuk berada bersama-sama dengan isterinya.
Terbaru, menurut Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, Cikgu Din akan dibenarkan untuk berpindah sementara ke Kelantan untuk berada dekat dengan isterinya.
Artikel Berkaitan: Cikgu Din Diberikan Cuti, KPM Akan Adakan Pertemuan Bincang Kebajikan & Bantuan
Artikel berkaitan: “Kalau cuci nanti” – Pergi Sekolah Dengan Kasut Kotor & Lusuh, Alasan Murid Ini Buat Guru Sebak
Memetik laporan Astro AWANI, Cikgu Din akan ditempatkan di sekolah di Kelantan berdekatan dengan isterinya untuk memudahkan guru tersebut mengimbangi kerjayanya sebagai seorang cikgu dan juga bersama dengan isterinya ketika tempoh sukar ini.
Difahamkan, arahan itu dibuat oleh KPM setelah isu itu dibincangkan bersama oleh KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Buat masa ini, KPM telah memberikan cuti kepada Cikgu Din dan tindakan selanjutkan akan dibuat selepas ini.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Cikgu Din dan keluarganya.
Sumber: Astro AWANI