Siapa yang dah rindu lari dalam suasana cantik dan tenang dekat Putrajaya? Haa, bersedia sebab CIDB Half Marathon 2025 bakal berlangsung pada Ahad, 14 Disember 2025 di Dataran Putrajaya dengan tagline “Run The Distance, Finish Stronger.”
Acara ni dianjurkan oleh Kelab CIDB WP Kuala Lumpur (KCIDBWPKL) dengan sokongan CIDB Malaysia dan Perbadanan Putrajaya, sekaligus menjadi antara acara larian paling dinanti tahun depan. Bukan sekadar larian, ia juga sebahagian usaha mempromosikan gaya hidup sihat dan menyokong visi Putrajaya sebagai bandar hijau dan mesra rekreasi, bertepatan dengan program Putrajaya Car-Free Day/Morning.
Kategori Larian Untuk Semua

CIDB Half Marathon 2025 memang nak bagi peluang dekat semua lapisan umur dan tahap kecergasan. Pilih je mana yang sesuai:
-
21KM Half Marathon
Kategori utama untuk pelari tegar. Semua finisher akan dapat 21KM Finisher Shirt warna navy & grey yang eksklusif, bersama medal khas. -
10KM Race
Larian sederhana tapi tetap mencabar. -
5KM Fun Run
Santai-santai pun boleh join. -
3KM Family Fun Run
Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak.
Medal & Entitlement

Semua peserta yang berjaya tamatkan jarak masing-masing sebelum Cut-Off Time akan menerima Finisher Medal yang direka berinspirasikan industri pembinaan melambangkan ketelitian dan standard tinggi CIDB.
Setiap peserta berdaftar juga akan menerima Event T-Shirt ikut kategori yang dipilih.
Pengambilan Race Kit

Jangan lupa ambil race kit (bib, event tee & entitlements lain) pada tarikh dan tempat yang akan diumumkan.
Untuk self-collect, korang wajib bawa NRIC/Pasport dan Confirmation Slip.
Kalau nak ambil bagi pihak orang lain, korang kena tunjuk salinan NRIC/Pasport peserta bersama Confirmation Slip mereka.

Peserta yang mendaftar sebelum tarikh akhir berpeluang untuk mengesahkan tempat masing-masing dalam acara half-marathon. Selain itu, semua pelari yang berdaftar juga akan dimasukkan secara automatik ke dalam Cabutan Bertuah Besar dengan hadiah menarik seperti basikal, TV skrin besar, peralatan elektrik rumah dan banyak lagi!
Vendor, kontraktor dan ahli CIDB juga boleh mengumpul mata CCD dengan menyertai larian ini.
Maklumat Untuk Dihubungi 📞
Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai acara ini, anda boleh menghubungi penganjur:
Penganjur: Kelab CIDB WP Kuala Lumpur (KCIDBWPKL)
Emel: hello.cidbrun@gmail.com
