in

“China? No wonder lah” – Ramai Netizen Rasa Tingkah Laku Pengerusi Prasarana Terhadap Wartawan China Memalukan

Ft Tajudin

Selain keadaan mangsa-mangsa kemalangan tren LRT bertembung, pengerusi Prasarana, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman turut menjadi buah mulut ramai netizen di media sosial. Video-video menunjukkan sidang media ahli parlimen Pasir Salak itu yang menjawab soalan para wartawan mendapat perhatian netizen.

Antara yang menjadi bualan adalah cara beliau menjawab soalan salah seorang wartawan mengapa dia tidak datang ke lokasi kejadian selepas ia berlaku. Bukan itu saja, cara Tajuddin berkomunikasi dengan seorang wartawan antarabangsa turut mendapat kritikan ramai.

Melalui sebuah video yang viral di Twitter, beliau dilihat bertanya dari mana asal wartawan wanita tersebut. Selepas menjawab dia dari China, respon Tajuddin,

China, no wonder lah.”

Respon dan tingkah laku itu membuatkan netizen berpendapat ianya memalukan memandangkan beliau memegang jawatan besar dan seharusnya bersikap lebih profesional. Selain dikatakan tidak sensitif dengan keadaan mangsa (kerana caranya menjawab soalan media), ada yang turut berpendapat tingkah lakunya itu, biadap.

Norman Goh, seorang wartawan dan produser berkata itu bukanlah cara untuk melayan golongan media. Apatah lagi, wartawan China dikenali sebagai Gao Mian dari Phoenix TV itu bertanya soalan yang relevan berkenaan insiden tren LRT itu. Malah, menurut Norman, Gao Mian patut mendapat permohonan maaf daripada Pengerusi Prasarana itu.

Norman

Sejak kemalangan LRT itu berlaku dan selepas sidang media diadakan, nama beliau menjadi sebutan dan dikritik kerana beberapa isu. Antaranya ialah:

  • Hanya memakai face shield, tidak memakai pelitup muka
  • Cara jawab soalan wartawan dengan cara memerli dan tidak profesional
  • Cara berkomunikasi dengan wartawan China

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohammad Zainal Bin Haji Abdullah mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan ke atas beliau berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media semalam.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17(1), Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Baca: “Apa you nak tahu?”- Ramai Netizen Kurang Senang Cara Pengerusi Prasarana Jawab Isu Nahas LRT

Nahaslrt

Sumber: Twitter